Lepas nie media UMNO jangan haraplah nak buat liputan dan dedahan tentang apa saja kebaikan serta keburukan yang DAP nie buat.Apa kejadah punya harami DAP nie dulu berjuang mati-matian tentang kebebasan media.Tapi la nie dok buat sebaliknya bila dah pegang kuasa.Nampak sangat ketua menteri PALING CELAKA DALAM SEJARAH PULAU PINANG nie lidah bewak cakap tak serupa bikin dalam hal nie.....berikut petikan yang MKP yang telah diputarbelitkan oleh Guan Eng dalam blognya klik.Sapa yang memulakan fitnah ini bukankah DAP yang telah bermain dengan api dan apabila api membakar diri mulalah sikap melarikan diri akibat dari kepanasan....Gelak jugak gelagat tahap budak tadika PASti yang ditunjukkan.Berikut apa yang Guan Eng perjuangankan dulu klik.
Tindakan itu juga menurut beliau sebagai langkah mempertahankan diri daripada menjadi mangsa siri fitnah dan putar-belit Umno/BN yang semakin menggila akhir-akhir ini.
“Kita percaya dalam kebebasan akhbar namun keengganan media Umno/BN mematuhi etika kewartawanan, apatah lagi memberikan saya peluang untuk menjawab atau membetulkan berita palsu memaksa saya untuk menolak apa-apa liputan berita mereka.
“Memang kita mahukan liputan berita tetapi jika liputan berita yang diberikan penuh dengan penipuan dan putar belit, rasanya lebih baik tiada liputan berita langsung,” ulas Guan Eng dalam kenyataan medianya.
Mengulas lanjut, beliau turut mempertikaikan keengganan media Umno/BN untuk memohon maaf terhadapnya atas kesilapan laporan berita mereka berhubung dakwaan Perkasa bahawa beliau bertemu dengan pimpian parti PAP dari Singapura.
“Mereka sudah mengeluarkan kenyataan maaf kepada Datuk Seri Kalimullah dan Datuk Azman yang didakwa bersama saya berjumpa PAP namun tidak melakukan perkara yang sama terhadap saya walaupun atas permintaan peguam saya.
“Oleh itu, saya saya akan meneruskan saman saya di Mahkamah Tinggi terhadap Perkasa, New Straits Times Press dan Utusan Melayu (Bhd) terhadap fitnah dilemparkan,” jelas beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.
Sehubungan itu juga, beliau berkata Kerajaan Pulau Pinang bertegas untuk mengambil inisiatif menghalang media Umno/BN dari terus menyiarkan laporan palsu kepada rakyat.
“Saya tidak mempunyai sumber dan keupayaan untuk memfailkan tindakan mahkamah setiap kali media Umno/BN memfitnah dan memburukkan saya.
“Sehingga kini, sebagai contoh, News Straits Times masih terus memfitnah saya walau tidak dijemput membuat liputan, jadi bayangkan berapa banyak lagi tindakan mahkamah yang perlu difailkan jika saya menjemput mereka membuat liputan berita di majlis saya?” akhiri Guan Eng dalam kenyataan tersebut.utaranews
No comments:
Post a Comment