Tuesday, May 1

MKPnara : LINDA AF SUDAH KAWAIN SAMA BAPAK MENTELI?


Tak habis lepas satu-satu pulak cerita artis kawain dengan menteri kali nie sapa pulak yang kena...MKP tak berani nak komen sebab tak ada bukti yang sahih disertakan akan tetapi cerita dari murai nie nampak sempoi......

Sementara Murai Batu menantikan pengumuman rasmi daripada Ketua Wanita PKR iaitu Zuraida Kamarudin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh terhadap skandal pelakon Zahida Rafik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Murai Batu didatangi pula seorang individu dari Borneo untuk menyampaikan cerita terbaru tentang seorang lagi tokoh politik.

Cerita kali ini, masih lagi berkaitan hubungan cinta antara pemimpin negara dan seorang artis tempatan. Selebriti yang dimaksudkan itu adalah naib johan Akademi Fantasia 2 (AF2), Linda Nawuwil.

Khabarnya, Linda yang masih lagi aktif menyanyi di negeri kelahirannya itu sudah berubah status dari seorang anak dara kepada seorang wanita yang bergelar isteri.

Sungguhpun berita gembira ini tidak dikhabarkan kepada peminat melalui media tempatan, Murai Batu mendapat tahu, Linda sudah bahagia menjadi isteri kepada seorang Menteri di Borneo.

Bagaimanapun, siapakah gerangan Menteri berkenaan itu tidak pula diketahui kerana segalanya masih lagi rahsia.

Lebih hangat lagi, Linda didakwa telah menjadi isteri kedua kepada tokoh politik itu.

Apapun, jika benar Linda sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua menteri berkenaan, diharap Linda boleh tampil ke depan memperjelaskan mengenai statusnya ini.

Yelah, sedikit sebanyak pun, peminat boleh melepas rindu dan ketahui penampilan terbaru Linda yang popular dengan lagu Jika Kau Kekasih.

Kata orang, kalau hendak berumahtangga biarlah satu dunia ketahuinya agar hubungan yang dijalinkan itu tidak disalah tafsir mata yang memandang.

Janganlah pula menjadi seorang artis yang suka sorok ikatan halal tetapi canang satu dunia selepas hubungan itu berkecai di landa badai.Murai

No comments:

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive