Monday, May 7

UGUT BUNUH POLIS,KHALID ISMATH DILEPASKAN.


Polis mengesahkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, 22, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu hari ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata Khalid dibebaskan kira-kira pukul 11 semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Pelajar itu disiasat kerana didakwa melakukan kekacauan dan rusuhan yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta awam.

"Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan bagi proses tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Khalid dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Beliau berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan ke atas laporan terhadap Khalid membabitkan kejadian menendang anggota polis trafik serta melakukan rempuhan ke atas polis semasa perhimpunan itu.

Beliau menambah siasatan berhubung dakwaan Khalid mengeluarkan kenyataan ugutan kerana ‘ingin membunuh polis’ di dalam laman sosial Facebook miliknya akan disiasat oleh Polis Kontinjen Selangor.

Sementara itu, Khairy berkata sehingga semalam 91 individu yang gambar mereka disiarkan di media kerana didakwa terbabit dalam insiden kelacauan semasa perhimpunan masih belum menyerah diri atau ditahan.

"Setakat ini masih kekal dua individu yang ditahan sejak Khamis lalu,” katanya. seterusnya

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive