Sunday, September 2

Bingai Rupanya Hishamudin nie,Merdeka Dan Penubuhan Malaysia Tak Tau?



Hippis pro demonstrasi pelajar yang lari dari negara ini kerana takut dikenakan tindakan tahun 70-an dulu, Hishamudin Rais cuba menunjukkan kebodohan apabila menyamakan Jalur Gemilang sebagai Jalur Temberang.

Tidak cukup dengan itu nak dikelirukan pulak generasi muda hari ini antara tarikh kemerdekaan dengan tarikh penubuhan Malaysia. Kata Hishamuddin tarikh merdeka sepatutnya 16 September, bukan 31 Ogos kerana ketika itu Sabah dan Sarawak belum masuk Malaysia.

Ini yang kita kata orang tua ini bodoh. Apa maksud merdeka dan apa maksud penubuhan Malaysia? Merdeka bermaksud bebas dari penjajah, kalau nak diraikan kemerdekaan pada 16 September, siapa yang bebas dari penjajah pada tarikh tersebut? Tidak ada, jadi merdekakah 16 September itu?

Duduk lama di London nampaknya tidak mengajar Hishamudin apa-apa melainkan menjadikannya lebih bodoh dari orang lain.


Tapi yang penting, nampaknya dibawah Pakatan haram bukan sahaja nak tukar bendera, tarikh kemerdekaan juga akan ditukar. Inilah gamaknya yang akan dibuat kalau perbuatan segelintir penyokong Pakatan haram pada malam sambutan kemerdekaan dan kenyataan Hishamuddin ini diambil kira

Janganlah Hishamudin ingat semua orang bodoh macam dia, penakut macam dia. Kita tahulah Hishamuddin kecewa kerana Janji Demokrasi yang dianjurkannya bersama-sama Samad Said tidak capai kejayaan seperti yang dicapai dalam perhimpunan sambutan hari kemerdekaan.

Kalau berani tulislah, kempenlah tentang nak tukar tarikh kemerdekaan dan bendera Malaysia ini dalam buku Jingga, kita nak lihat rakyat sokong atau tidak. Begitu juga halnya tentang nak ubah negara ini jadi republik.

Sekarang pun di Selangor tempat Pakatan bersarang, Sultan Selangor tidak dilibatkan dalam acara sambutan kemerdekaan sehingga diboikot pasukan tentera. Itu sahaja dah menunjukkan bahawa Selangor dah jadi negeri republik dikerjakan Pakatan.

Penulis rasa rakyat tidak akan sokong soal tukar bendera ini. Rata-rata kita bangga dengannya sebab majoriti sejak lahir memang kenal bendera itu sebagai identiti Malaysia.

Majoriti rakyat juga tahu perbezaan antara merdeka dengan penubuhan Malaysia. Hishamudin nak kelirukan pun hanya penyokong Pakatan harami ini sahaja yang akan percaya, maklum sahajalah, jenis bodoh sahaja yang masuk Pakatan harami ini.

Jadi penulis melihat usaha untuk mengubah sejarah Malaysia seperti yang mahu dilakukan Pakatan tidak akan berjaya. Pakatan nak satukan Malaysia dibawah bendera baru macam mana bila depa sendiri pun tak boleh nak satukan 3 parti komponen Pakatan itu sendiri secara rasmi.

Masih masing-masing bertanding guna lambang masing-masing, bersatu apa taik macam itu?

Itu lambang, belum sebut pasal dasar perjuangan lagi. Ada yang nak hudud, ada yang taknak hudud, ada yang ikut jalan tengah tengok siapa yang lebih popular baru nak nyatakan sokongan.MYKMU.

1 comment:

awang said...

Hishammuddin Rais sibodoh yang berperasan dirinya pandai

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive