Saturday, September 1

PERKASA Mengamuk Kerana Sayangkan Sultan?


PERKASA Selangor hari ini membuat satu laporan polis ekoran satu laporan yang mendakwa Sultan Selangor tidak menerima undangan ke majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri pada malam 30 Ogos lalu.

Laporan berkenaan dibuat oleh Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Persoalan timbul apabila Sultan yang secara tradisinya dijemput menyertai majlis tersebut sebelum ini tidak dijemput, sebaliknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan sebagai tetamu khas pada malam sambutan itu.Adakah Anwar sudah diiktiraf PKR sebagai sultan Selangor.


Berita ini kita khuatir ada anasir luar campurtangan dalam urusan pentadbiran negeri Selangor hinggakan Sultan tidak dijemput ke majlis sambutan merdeka yang ke-55 anjuran negeri Selangor.

Kenapa (Sultan tidak dijemput)? Selalunya baginda dimaklumkan dan dijemput, kenapa kali ini tidak dimaklumkan dan tidak dijemput.

Sebagai seorang ketua negeri, Sultan sepatutnya dijemput menghadiri majlis tersebut dan tindakan kerajaan negeri ini dilihat bukan sahaja telah membelakangkan Sultan, tetapi secara tidak langsung menghina rakyat yang setia kepada raja.

Mana rakyat yang setia kepada raja akan merasa terhina sebab raja dia tidak dijemput. Jadi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, PERKASA membuat laporan supaya polis membuat siasatan dan perkara ini tidak berlaku lagi dan maknanya kebangkitan rakyat untuk marah kepada pihak tertentu dapat diredakan.

Kita sebagai rakyat Malaysia, yang penting Sultan itu ketua bagi negeri Selangor dia mesti dijemput. Kita mesti tahu negeri Selangor ini ketua negeri Selangor ialah sultan Selangor, mesti dijemput. Soal baginda nak datang tak datang itu soal lain, yang penting biasanya dijemput tapi kali ini tidak dijemput.

Walaupun mengakui ia adalah hak kerajaan negeri untuk menjemput Anwar ke majlis tersebut, tetapi beliau mempersoalkan apakah keistimewaan yang dimiliki oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu sehinggakan Sultan boleh diketepikan terus oleh kerajaan negeri.

Anwar dalam negeri Selangor apa jawatan dia? Kita kena tahu apa jawatan Anwar Ibrahim dalam negeri Selangor daripada segi pentadbiran negeri Selangor.

Kita tahu dari segi politik dia ketua pembangkang, dari segi pelantikan biasa dia ialah penasihat ekonomi tetapi dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor itu sendiri, apa jawatan Anwar Ibrahim dan kenapa dia diberi keutamaan dan diberi peluang untuk berucap dalam perhimpunan merdeka anjuran kerajaan negeri Selangor sedangkan Sultan sendiri tidak dijemput?

Semalam, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani memberitahu Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak dimaklum atau dijemput bagi mencemar duli sambutan tersebut.

Sebaliknya, Sultan hanya dijemput berangkat hadir pada majlis tahlil serta bacaan Yasin sempena kemerdekaan negara yang diadakan hari ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pakatan Rakyat Selangor semalam menganjurkan sambutan hari Kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Sambutan itu turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Imail.

Anwar turut diberi ruang untuk berucap kepada hadirin yang datang.

Khalid pula di dalam kenyataannya mendakwa sudah lazim untuk kerajaan negeri pimpinan beliau tidak menjemput Sultan Sharafuddin menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri, sebagaimana yang berlaku kelmarin.

MKP Ayat Sempoi : Itu baru berkuasa Di Selangor bila dah dapat Putrajaya macam mana pulak?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive