Monday, March 4

TERKINI : KETIBAAN JENAZAH PEJUANG SYUHADA PEJUANG NEGARA DISAMBUT OLEH @NajibRazak


Keadaan terkini dari lapangan terbang TUDM Subang, Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga yang hadir bagi menyambut jenazah pejuang negara yang gugur diperbatasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyambut ketibaan jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam insiden serangan hendap kumpulan penceroboh di Semporna, petang ini.

Jenazah Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, telah diterbangkan dari Tawau dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang pukul 6 petang.

Ibrahim yang berasal dari Besut, Terengganu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pukul 9 malam ini manakala Mohd. Azrul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Dalam kejadian Sabtu lalu, enam anggota polis gugur ketika bertempur dengan penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu. Enam penceroboh turut terbunuh.

Selain Ibrahim dan Mohd. Azrul, turut terkorban ialah ASP Michael Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikon dan Koperal Salam Togiran.

Mendiang Michael disemadikan di Serian, Sarawak manakala mangsa lain dikebumikan di Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna.

1 comment:

Anonymous said...

Alfatihah dan takziah

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive