RAPID

Tuesday, May 8

HASSAN ALI SAMAD KHALID GAGAP DAN MAHFUZ BEAN?





Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berhadapan dengan tuntutan ganti rugi yang belum ditentukan jumlahnya oleh mahkamah ekoran fitnah yang dilemparkan terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Writ saman difailkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu melalui peguam Kamarul Hisham dan Hasna Rezua dengan menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau.

"Saya sudah katakan berulang kali bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh kedua-dua ahli parlimen itu berniat jahat, tidak berasas dan ditimbulkan sebagai sesuatu yang dirancang bagi memburukkan nama baik saya dan pertubuhan NGO yang saya tubuhkan sebagai percubaan untuk merosakkan kerjaya politik saya," katanya dalam satu sidang media di rumahnya tadi.

Selain itu, turut difailkan ialah injunksi bagi menghalang defendan untuk terus memberi komen, mengulangi kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Saman dikemukakan ekoran Mahfuz sebelum ini dalam laman portal pembangkang mendakwa terdapat dana dari Kementerian Belia dan Sukan telah disalurkan kepada Hasan bagi tujuan penganjuran sesi ceramah beliau ke seluruh negara.

"Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena juga melalui satu sidang media dengan lantang menyebut bahawa gerakan kerja saya bersama JATI dibiayai melalui kontrak jangka panjang oleh Kementerian Belia dan Sukan berjumlah RM30 juta," katanya.

Sementara Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga pertubuhan badan bukan kerajaan Jalur Tiga (JATI).

"Ahli parlimen Shah Alam telah memfitnah saya melalui satu sidang media di mana beliau mengatakan terdapat syarikat-syarikat tertentu yang beliau menamakan syarikat-syarikat tersebut telah menyediakan dana am menaja program 'roadshow' saya termasuk majlis.

"Beliau berkata syarikat-syarikat tersebut telah menyediakan dana menaja program 'roadshow' saya termasuk Jati pada bulan Februari lalu," katanya dalam satu sidang media di rumahnya tadi.

Untuk rekod notis saman telah diserahkan kepada Ahli Parlimeh Shah Alam itu dan pengurusan kes tersebut dijalankan pada 30 April lalu.
Sementara notis ke atas Ahli Parlimen Pokok Sena pula belum dapat diserahkan namun mahkamah telah pun menetapkan pengurusan kes diadakan pada esok.

Hasan selain itu berkata beliau yakin akan menang ke atas kes saman terhadap Mahfuz dan Khalid.

"Sebab itu saya katakan saya mempunyai hujah-hujah tertentu, untuk mengatakan kes ini mempunyai asas-asas yang sangat kukuh dan kemungkinan untuk dimenangi di mahkamah nanti adalah begitu besar," katanya.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive