Saturday, February 11

BBC Akan Minta Maaf Siar Program Berbayar Tentang Malaysia



Perbadanan Penyiaran British (BBC) dilaporkan  akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mencemarkan integriti editorialnya melalui program yang terbabit dalam "skandal penetapan berita" .

Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf  bertajuk "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa penyiaran.

Skandal terbabit mengaitkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.

"Syarikat itu  telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17m oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia," lapor Independent.

Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.

Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:

"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."Antarapos.

1 comment:

.. said...

Salam tuan blog.

Saya sedang berusaha untuk kumpulkan semua blogger BN dalam satu blog khas untuk rujukan semua. Penyatuan akan dapat membantu kita membuat ulasan yang lebih padu selain dari mendapatkan maklumat terkini. Blog/laman tuan telah disenaraikan. Sila beri pandangan tuan.

Bagi mana-mana tuan blog yang belum dihubungi, dipersilakan singgah, sekiranya blog/web tuan tidak tersenarai harap tinggalkan alamat url anda dalam ruangan "comment" untuk disenaraikan dalam daftar Pejuang Siber ini, terima kasih

http://malaywebarmy.blogspot.com/

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive