Sunday, February 5

Guan Eng Menipu Lagi?


Lidah Bewak buat hal lagi dengan membuat  tuduhan berlaku penyelewengan dalam perlaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Pulau Pinang telah dinafikan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah tidak benar.

Sebaliknya,Skim berkenaan telah dilaksanakan pada tahun 2009 dan mengikut peraturan serta prosedur sedia ada bagi membantu golongan miskin tegar di Pulau Pinang.Saya selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab (mengenai skim itu) ingin menyatakan bahawa perkara ini (tuduhan ini) adalah tidak benar.

“Usaha ini berlangsung sejak tahun 2009 di mana bantuan yang kita berikan kepada masyarakat Pulau Pinang sudahpun diselaraskan sebaik mungkin mengikut peraturan yang ada.

"Tidak ada penyelewengan yang dilakukan. Apa yang dinyatakan pihak-pihak ini (Lim Guan Eng) cuma berunsur politik bertujuan memburukkan pimpinan kita (Datuk Zainal Abidin Osman) selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang.

Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dalam sebuah akhbar tempatan yang menafikan tuduhan Lim Guan Eng yang mendakwa hanya 22 peserta skim SPKR menerima bantuan RM1.1 juta daripada kementerian.

Semalam, Zainal Abidin berkata bantuan pada 2009 itu diberikan kepada 990 peserta miskin di seluruh negeri Pulau Pinang dan daripada jumlah berkenaan 22 peserta adalah dari Nibong Tebal.

Menurut Zainal Abidin, jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan RM22.9 juta yang disalurkan oleh kementerian bagi pelbagai projek SPKR di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar di negeri itu.

MKP kata:Guan Eng nie suka bermain dengan persepsi untuk mengaburi mata rakyat pulau pinang supaya menampakan kelemahan pemimpin UMNO Pulau Pinang,Ternyata fakta 22 orang penerima bantuan tersebut telah dimanipulasi oleh lidak bewak nie.dari Penjelasan Dato Non ternyata itu hanya didalam kawasan Parlimen Nibong Tebal. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive