Saturday, February 4

VIDEO PANAS :KAK IJAT JAWAB RAFIZAH AZIZ?


Datuk sharizat Abdul Jalil jawab semua persoalan yang telah dikemukakan oleh Rafizah Aziz.Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata beliau “tidak akan lari” daripada isu Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) namun  tidak akan tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno.

"Saya hendak perjelaskan kedudukan saya sebagai menteri...  saya serahkan kepada YAB Perdana Menteri untuk menentukannya.  Oleh kerana saya sangat menghormati PM, keputusan sama ada saya berada dalam Kabinet atau tidak, saya serahkan  kepada PM,” kata Sharizat .

"(Mengenai) kedudukan saya sebagai Ketua Wanita, sudah pastilah cabaran yang saya lalui selama ini menguatkan semangat saya.  Kalau Ketua takut menyahut cabaran, dia tidak boleh jadi Ketua," katanya kepada pemberita sejurus pulang menunaikan umrah di Mekah.

Sharizat berkata beliau menghormati Tan Sri Rafidah Aziz walaupun beliau  menggesanya untuk meletak jawatan susulan isu NFC yang membabitkan suaminya.

"Saya tidak baca komen Tan Sri Rafidah Aziz tetapi tumpuan saya pada wanita UMNO dan saya menghormati Tan Sri Rafidah Aziz,” kata Sharizat.

"Saya hormat beliau sebagai bekas Ketua Wanita UMNO...jadi menjadi tugas saya sekarang adalah untuk memastikan Wanita UMNO bekerja dengan kemantapan yang baik sekali," katanya.

“Kalau kita tengok Wanita UMNO hari ini,  mereka  tidak akan lari daripada masalah," tambah beliau. 

Bagaimanapun Sharizat berkata pihak dari Umno yang mendesaknya untuk meletak jawatan adalah mereka yang lupa susur galur perjuangan sayap itu.

"Kalau mereka tahu salasilah Wanita UMNO, jadi mereka yang buat saranan sudah lupa ada sejarahnya," katanya.

 Kalangan pemimpin Wanita Umno sebelum ini membidas Rafidah kerana mendesak supaya Sharizat berundur memandangkan sayap itu memberi sokongan kepada bekas Ketua Wanita itu ketika beliau dituduh memberi Permit Import (AP) kepada kroni dan anggota keluarganya pada tahun 2005.

 Sharizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membayangkan bahawa beliau mempunyai sokongan kuat daripada ahli Umno dan akan terus menjalankan tanggungjawabnya memimpin sayap itu.

"Adalah saki baki  yang tidak menyokong saya itulah biasa, saya menghormati hak mereka tetapi saya sebagai wanita akan terus pastikan wanita terus bersatu padu," katanya.

NFC dibelit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.

Pembangkang mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan untuk membeli tanah, kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan.  

Sharizat berkata beliau lebih tabah menghadapi cabaran selepas mengerjakan umrah dan bertekad untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang. 

"Saya berada di Mekah dan melihat dugaan ini sangat menyedihkan tetapi saya sebagai ketua, Allah menduga saya, alhamdullilah saya akan kerja kuat lagi selepas balik dr Mekah dan akan membantu Wanita untuk pastikan kemenangan pada PRU 13 nanti, insyaalah," kata Sharizat. AP

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive