Sunday, June 10

FOTO : GELAGAT PERSERTA KMS1M MELAKA.


















KREDIT GAMBAR KEPADA OB21.NET

ANGKA INI PASTINYA MEMBUATKAN GUAN ENG TAKUT?




UMNO Pulau Pinang berjaya menarik lebih 15,000 anggota baru sejak empat tahun lepas dan percaya sokongan orang ramai terhadap parti itu semakin meningkat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebahagian daripada mereka yang mendaftar menjadi anggota baru UMNO itu adalah anggota parti dan penyokong tegar pembangkang.

"Mereka terpanggil untuk memberi sokongan kepada UMNO setelah menyedari kerajaan negeri DAP tidak memberi perhatian kepada orang Melayu.

"Sehingga kini kita ada lebih 150,000 anggota UMNO di Pulau Pinang dan saya percaya lebih ramai lagi akan menyertai kita dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Udang di sini hari ini. - BERNAMA

- Posted using BlogPress from my iPad

DAP KHIANAT MANDAT RAKYAT PADA MANIFESTO PRU12?


Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri mendesak kerajaan DAP menunaikan manifesto pilihan raya yang lalu sebelum berhasrat menabur lebih banyak janji untuk memperolehi mandat seterusnya dari rakyat.

Ini berikutan nasib golongan rakyat miskin di Pulau Pinang seolah-olah dipinggirkan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng termasuk pembinaan rumah kos rendah.

Buktinya, tanah seluas 1.1 ekar milik kerajaan negeri di Jalan Zainal Abidin dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pelan projek perumahan rakyat (PPR) walaupun ianya telah diluluskan Majlis Mesyuarat Negeri (MMK) sejak tahun 2005.

Ketua Pemuda BN Negeri Oh Tong Keong berkata, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepimpinan DAP seharusnya mengutamakan pembinaan PPR itu sebaik memegang tampuk pemerintahan negeri pada 2008.

“Kita cuma nak tahu bila mereka (kerajaan negeri) mahu membina rumah kos rendah buat rakyat miskin sedangkan tanah sudah ada namun tiada sebarang perancangan dilakukan sejak mereka memerintah,” kata Tong Keong.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda BN Negeri Ir. Shaikh Hussein Mydin mahu Guan Eng membuktikan bahawa kerajaan Guan Eng peka terhadap kebajikan rakyat miskin di Pulau Mutiara itu.

Shaikh berkata, sudah ramai rakyat miskin di negeri itu kini berhijrah ke negeri lain berikutan tidak mampu memiliki rumah ekoran harga rumah terlalu mahal.

“Kerajaan negeri menggalakkan pembangunan memang bagus tapi jangan sampai rakyat miskin terpinggir,” katanya.

“Kalau boleh saya mahu dia (Guan Eng) bina rumah PPR yang lebih tinggi serta kurangkan sewa dari RM 100 kepada RM 50,” ujarnya.

TS Zainuddin Kena cermin Diri Sebelum Mengata Tun M?


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan ramai antara rakyat negara ini tidak menyedari dua bekas perdana menteri iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr Mahathir Mohamad, melakukan "kesilapan besar" semasa menjawat jawatan perdana menteri, lapor Sinar Harian.

Katanya, tindakan Tunku Abdul Rahman membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia pada 1963, yang mana turut sama membawa bersamanya dasar 'Malaysian Malaysia' telah memberikan kesan kepada negara.

Singapura keluar dari Malaysia dua tahun kemudian.

Dalam pada itu, Zainuddin juga mendakwa Dr Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim juga satu kesilapan kerana tindakannya yang dikatakan memporak-perandakan perpaduan bangsa.

"Ramai antara kita tidak menyedari, dua pemimpin Agung dari Kedah, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir telah membuat dua kesilapan besar yang menjadi masalah kepada negara ini hingga sekarang.

"Tunku membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia yang mana turut sama membawa bersamanya Malaysian Malaysia sementara Dr. Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudianya telah memporakperandakan perpaduan bangsa," katanya lagi.

Dr Mahathir memecat Anwar pada September 1998. Ketika dipecat, Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Di sebalik kesilapan Tunku dan Dr Mahathir mempunyai terlalu banyak tugu-tugu jasa yang mereka bina bagi melindungi kelemahan mereka," kata beliau yang dipetik dari entri blognya.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam juga berkata, "tercatit sebagai sejarah mulia, dengan sokongan kuat seorang nasionalis rakyat, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Dr Mahathir dengan berani menunjukkan kuasa rakyat bila maruah mereka mula terjejas dengan mengingatkan raja-raja tentang Raja Berperlembagaan demi untuk mengikis feudalisme."

Beliau yang turut memuatkan kenyataan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama berkata, walaupun berketurunan diraja, beliau tetap menyedari kuasa rakyat yang disebutkan dalam tulisannya.

"Ketika itu beliau berada dalam krisis dengan Sultan Selangor dan juga dengan abangnya Sultan Kedah. Saya akan mendedahkannya dalam ruangan Z fail di blog ini," katanya.

Zainuddin yang mula aktif sebagai blogger menggunakan moto 'Setiakawan Demi Warisan, Kemanusiaan dan Kerukunan' memaparkan tiga ruang utama pendedahan maklumat untuk dikongsi dengan rakyat sepanjang penglibatan beliau sebagai wartawan sehinggalah menjadi seorang menteri Kabinet.

Antara ruangnya Z fail, Pintas dan cerita Zam merupakan rangkuman daripada pengalaman kewartawanan yang dilalui yang telah diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 1980 bertajuk 'Pertama dan Terakhir'.

Bagi MKP Ayahanda Tun Mahadir adalah pemimpin yang hebat dan tiada galang-gantinya.TS Zam boleh berkata apa saja mengenai Tun Mahadir akan tetapi harus diingat tiada pemimpin selain Tun Mahadir sanggup mengeluarkan air mata mengenang nasib melayu yang terpinggir.MKP membesar dizaman ayahanda Tun menjadi PM.JIka tidak kerana adanya pemimpin hebat seperti Tun M rasanya Malaysia tidak akan maju dan hebat seperti sekarang.segala kesilapan Tun M menunjukkan bahawa beliau jua manusia yang tak pernah lari dari membuat kesilapan.Sesungguhnya motto yang dibawa oleh Tun M perjuangan belum selesai akan disambung oleh generasi seterusnya....Amin.

KERANA ANWAR MASJID DITUTUP?




Umat Islam dilarang bersembahyang di Masjid Raja Muda Musa Semenyih kerana Masjid itu ditutup untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya memberi tazkirah politik.Masjid itu ditutup sebelum masuk waktu Maghrib dan umat Islam yang ingin bersembahyang di Masjid tersebut diarahkan ke Masjid lain.Ini dah dikira menghina kebebasan penduduk setempat?????

Anwar Ibrahim di dalam tazkirah merepeknya lebih kurang setengah jam mengaku semasa kecil dahulu pernah mencuri buah pala di sebuah Kebun China di Tanjung Tok Kon. Patutlah, perangai dari kecil hingga ke tua jahatnya tak pernah berhenti! Anwar Ibrahim juga berkata di dalam tazkirah, kalau beliau membuat umrah, buat haji, beliau tidak suka masuk TV, tidak suka masuk suratkhabar, tidak mahu dihebah-hebahkan. Ada juga malaun-malaun yang duduk di dalam tazkirah berkenaan percaya dengan Raja Liwat ini. Anwar Ibrahim juga bertazkirah mengatakan bahawa bencana banjir yang berlaku akibat dari perangai pemimpin. Betullah tu Anwar, sebab perangai pemimpin Pakatan Haram Selangorlah, Kajang Banjir!


Daripada makmum yang hadir, hanya sekitar 250 orang sahaja yang hadir ke Masjid, tidak sampai separuh masjid. Selepas bersembahyang Isya dan merepek di dalam tazkirah selama lebih kurang setengah jam, Anwar Ibrahim bergegas pula ke Stadium Kajang untuk program "Merdeka Rakyat". Sejak bila pula Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi tauliah mengajar Agama kepada pakar motivasi China Doll ini. Kalau diberi, apa kelayakan Agama Anwar Ibrahim. Kalau tidak diberi, tindakan harus diambil ke atas AJK Masjid Raja Muda Musa Semenyih. Tidak hairanlah penduduk Semenyih bangun untuk menyatakan bantahan agar Masjid tidak digunakan untuk tujuan politik. Tahniah buat mereka.


Bantahan dari masyarakat Semenyih

NIZAR TAK NYENYAK TIDUR DENGAN DERHAKA YANG SILAM.


Ampun Tuanku, harap kenyataan ini tidak menganggu Tuanku. Mesej yang jelas ingin disampaikan oleh Tuanku terhadap nilai No Plat dan Nilai Kereta Tempatan. Walaupun, harga No. Plat bernilai RM520k tetapi bila ia diletakkan di kereta keluaran tempatan dengan harga tidak sampai RM100k menunjukkan Tuanku amat memandang tinggi nilai ciptaan dan rekabentuk dari air tangan anak tempatan. Berbeza dengan Tok Nizar yang begitu memenadang hina pada ciptaan tempatan dan institusi Raja Melayu. MKP masih ingat, apabila PR berjaya memerintah Perak dan Menteri Besar adalah Tok Nizar, perkara pertama yang ditukar adalah kereta Exco Negeri daripada buatan Proton kepada buatan Toyota. Alasannya, lagi menjimatkan wang untuk servis dan mencari alat ganti. Sudah-sudahlah Tok Nizar berlakon bak Hero Jawa tetapi sikap tak sedar diuntung.

*Nizar akan bertanding untuk kawasan Parlimen akan datang#

Saturday, June 9

ANWAR BOLEH BUAT MACAM NIE?

Sakit Tak Terhingga Apabila Kena Ditikam Belakang


Majlis Peguam membantah peruntukan undang-undang di Kedah yang menghindar sebarang fatwa daripada dicabar, dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan. Pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 bulan lepas akan mengetepikan bidang kuasa mahkamah, kata badan itu.

Menurut presidennya Lim Chee Wee semalam, kekebalan yang diberikan – malah kepada apa-apa fatwa yang belum diwartakan pun yang diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa – adalah bertentangan dengan doktrin pemisahan kuasa.

Pindaan ke atas enakmen tersebut sudah diluluskan oleh DUN Kedah. Namun Lim menegaskan bahawa sesebuah dewan undangan negeri tidak berhak untuk menggubal undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan akhbar Wanita MCA

Senator Chew Lee Giok, iaitu setiausaha agung Wanita MCA, berkata kegagalan DAP untuk memberi apa-apa komen atas pindaan enakmen Kedah itu menonjolkan sikap mengelak serta keengganan parti untuk menangani isu.

Chew berkata ketidakberanian DAP bersuara menunjukkan parti tersebut tidak mendokong keluhuran Perlembagaan serta membayangkan DAP tidak terdaya untuk mempertikaikan tindakan-tindakan keras yang diambil oleh kerajaan negeri PAS.

Tambah beliau lagi, Adun DAP Kedah telah mengabaikan tanggungjawab untuk mempertahankan hak-hak golongan bukan-Muslim.

Kenyataan akhbar dikeluarkan kelmarin oleh senator MCA itu.

(Sumber: Laman MCA)

Seperti biasa Star mensabotaj

Sila rujuk (di kaki halaman) screenshot Star Online dirakam baru sebentar tadi pada pukul 3:05 petang. The Star tidak menyiarkan pandangan Senator Chew sama ada pada hari ini ataupun semalam.

Soalnya kenapa tidak?

Laman MCA tidak mempunyai ramai pembaca.

Dalam pada itu, pandangan Chew, yang juga setiausaha-agung Wanita MCA, seharusnya diterbitkan di dalam akhbar milik MCA kerana ianya merupakan isu mustahak bukan sahaja kepada parti dan masyarakat Cina tetapi kesannya tidak terhingga ke atas hala tuju negara.

Ini bukannya kali pertama suratkhabar itu menenggelamkan isu kontroversi atau sensitif yang akan memberi impak negatif kepada DAP.

Sebelum ini juga, para pemimpin MCA telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu hudud tetapi pendirian parti tersebut diremehkan oleh Star.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Tee Siew Kiong (setiausaha penyelenggara kebangsaan MCA) telah disunat oleh Star dari 366 patah perkataan menjadi 112 pp sahaja,
Yang Senator Chiew Lian Keng (pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan) punya kenyataan dikembiri panjangnya sebanyak tiga suku — dari 409 pp menjadi 109 pp, dan
Yang Loh Seng Kok (ahli majlis tertinggi merangkap timbalan pengerusi biro publisiti) punya telah dipotong hampir ke pangkal, dari 484 pp tinggal 84 pp.
Baca ‘The ‘size of balls’ no joke with MCA’

Apa sebenarnya muslihat Star?

Jawapan kepada soalan amat mudah sekali. The Star sengaja kuburkan berita demi menjaga DAP yang pasti tercabar dengan perkembangan di Kedah ini.

Sebagai perbandingan, kempen mempromo peribadi (personality cult) DAP, seperti Lim Guan Eng meraikan Hari Ibu dengan memberi bunga-bungaan kepada warga emas, mendapat liputan satu mukasurat penuh online di Star.

Gunting dalam lipatan

Pada hakikatnya kebanyakan kerusi MCA dimenangi atas ehsan undi Melayu dan senator-senator MCA pula dilantik atas ehsan presiden Umno.

Dalam hal hudud dan fatwa, tangan Umno terikat gara-gara terpaksa menjaga hati pemilih luar bandar. Takkan The Star, akhbar milik MCA, mahu supaya Umno bertegang urat dengan PAS berkaitan isu-isu agama Islam dan seterusnya menghadapi risiko hilang undi Melayu?

Ataupun itulah yang sebenarnya dikehendaki Star dalam diam-diam? Yakni jikalau ada orang Umno yang kurang menyenangi pemerintahan sistem pemerintahan berasaskan hukum agama (theocracy), maka Umno terpaksa pandai-pandai menyangah PAS dengan sendiri (fight its own battle)?

Hubungan Ali Baba yang terjalin di antara Umno dan MCA bermakna kerja mengekang PAS dalam hal ekstrimisme agama perlu di’sub kontrak’ kepada parti BN yang bukan-Islam agar kedudukan Umno di kalangan masyarakat Melayu tidak akan tergugat, terutamanya dalam saat genting menjelang PRU.

Adakah MCA sedia memenuhi tuntutan ini (keeping its side of the bargain) untuk menzahirkan apa yang tidak mampu diluahkan secara terbuka oleh Umno?

Nampaknya MCA lepas tangan sahaja.
‘Track record’ Star yang pro-DAP sakan

Melihat kepada ruang lapang yang dibekalkan suratkhabar ini bagi pembangkang (berbanding dengan ruang sempit yang diperolehi BN), kecenderongan Star terang lagi bersuluh.

Jadual di bawah memaparkan senarai lengkap 56 orang Adun Selangor. Carian dibuat melalui Google dan khusus di laman Star Online.

Data daripada hasil carian membuktikan Adun-Adun Umno ketara di-blackout olehThe Star yang tak ubah macam Selangor Times.

Dalam tempoh setahun yang lepas, tiada satu rencana pun pernah disiarkan oleh akhbar itu tentang 5 orang Adun Umno berikut: Worno Dogol, Mohd Idris Abu Bakar, Amiruddin Sutero, Karim Mansor dan Marsum Paing.

Adun Umno yang diberikan liputan hanya satu rencana adalah 3 orang — Raja Ideris Raja Ahmad, Mohd Samsudin Lias dan Hasiman Sidom.

Adun Umno yang diberikan liputan kurang lima rencana adalah 5 orang — Mohamad Khir Toyo (3 rencana), Sulaiman Abdul Razak (2), Ismail Sani (4), Johan Abdul Aziz (3) dan Muhammad Bushro Mat Johor (3).
Umno mempunyai 18 orang Adun yang menang kerusi dalam PRU12.

Adun Umno (13 orang) diberikan liputan kurang daripada lima rencana oleh The Star dalam tahun lepas ini. Bermakna 72 peratus Adun-Adun Umno tidak diberi ruang yang mencukupi.

Seterusnya, yang mendapat sedikit perhatian pun hanya suku daripada Adun-adun Umno Selangor.

Dijumlahkan, 13 orang Adun Umno yang disebut nama mereka di atas diberi liputan semua sekali hanya 18 rencana (0+0+0+0+0+0+1+1+1+3+2+4+3+3).

Dalam tempoh yang sama, The Star telah menyiarkan 84 rencana!! tentang Hannah Yeoh.

Liputan 84 rencana yang diberikan akhbar itu kepada Hannah melebihi tumpuan kepada ahli-ahli exco kerajaan negeri — Halimah Ali (9), Yaakob Sapari (14), Ahmad Yunus Hairi (15), Rodziah Ismail (20), Xavier Jeyakumar (21), Iskandar Abdul Samad (34 rencana), Ean Yong Hian Wah (51) dan Elizabeth Wong (72).

Pola liputan Star menunjukkan akhbar itu sangat berat sebelah kepada DAP – Teresa Kok (113), Ronnie Liu (116) – dan melebih-lebih kepada Kristian Anglophile.

Liputan tentang ketua pembangkang Selangor, iaitu Adun Umno Mohd Satim Diman, hanya 13 rencana.

The Star telah membuat liputan 1,300 rencana di Subang Jaya, iaitu kawasan DUN Hannah Yeoh.

Kawasan-kawasan Umno tidak diendahkan (lihat jadual atas). Tumpuan Starlangsung tidak membantu kempen pilihanraya BN dan jelas ia bukan media yang adil dan seimbang sepertimana dituntut Ambiga dan perhimpunan Bersih.


Liputan 1,300 rencana Subang Jaya oleh Star adalah yang paling banyak sekali dan mengalahkan kawasan-kawasan popular Selangor yang lain seperti Kota Damansara (422 rencana), Bangi (359), Batu Caves (269) dan Damansara Utama (197).

(Nota: Carian Google tidak dibuat ke atas DUN Sabak dan Permatang kerana kedua-dua perkataan ini terlalu umum. Carian juga tidak dibuat ke atas DUN Jeram, Chempaka dan Teratai kerana ketiga-tiga ini berbentuk kata nama yang lazim. DUN Rawang dan Kajang turut terkecuali kerana rujukan terlampau luas.)

Dalam bulan yang lepas ini, The Star telah menyiarkan beberapa rencana (sehingga ada kalanya dua rencana sehari) tentang Hannah Yeoh.

Meskipun begitu, pemberita Star apabila menemuramah Adun DAP itu tidak pernah bertanya kepadanya tentang perkembangan siasatan polis berkaitan kes Hannah didakwa telah memfitnah MCA serta memfitnah seorang timbalan menteri MCA berulang kali melalui Twitter, blog dan kenyataan akhbarnya.

Adakah suratkhabar milik MCA ini membawa agenda secara sedar untuk menolong menutup aib DAP?

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA!! @NajibRazak


Cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan memperoleh peningkatan sumber pendapatan termasuk penambahan jumlah kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Semalam kita bincang dalam Kabinet. Datuk Seri Noh (Omar) pun ada. Saya beritahu Perdana Menteri, kalau agak ada duit lebih kita buat sekali lagilah (BR1M). Tidak tahulah, itu pandangan saya tetapi PM senyum sahaja.

“Beliau kata apa susah, cari sumber, kita sudah ada sumber tetapi kadang-kadang pendapatan tidak dikutip dan bila Perdana Menteri arahkan LHDN tingkatkan kutipan, tahun lalu dapat tambah hasil RM26 bilion dan tahun ini diarahkan tingkatkan kepada RM30 bilion," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Rakyat sempena Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Jawa, Jeram di sini hari ini.

Hadir sama, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud dan Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus.

Sehingga kini, dianggarkan seramai 4.78 juta orang telah menerima manfaat daripada pengagihan BR1M daripada keseluruhan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 bilion yang diluluskan kerajaan.

Ia termasuk penerima BR1M di Parlimen Kuala Selangor yang mencecah 8,376 orang dengan nilai sebanyak RM4 juta.

Muhyiddin berkata, kerajaan mampu menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan melaksanakan pembangunan melalui dasar transformasi nasional yang digerakkan oleh pentadbiran Najib.

Malah, katanya, bantuan itu diberikan dalam bentuk subsidi mencecah berbilion ringgit setahun, namun tidak disedari rakyat kerana sudah terlalu lama menikmatinya di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Subsidi yang kerajaan tanggung berjumlah RM2 bilion, tuan-tuan tidak tepuk tangan, fasal sudah biasa kerana apa yang BN beri biasanya orang sudah lali, sebab sudah lama sangat tetapi tidak dapat dinilai. Kalau sebelah sana beri RM100, ya Allah cerita gempak seluruh dunia.

“Kita beri RM500, bagi subsidi...(orang kata) biasalah itu tanggungjawab kerajaan, sedangkan tidak semua negara buat begitu. Jiran kita Indonesia, rakyat mereka berarak di jalan raya kerana membantah keputusan kerajaan menaikkan harga minyak," katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin turut menegur sikap penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 baru-baru ini yang sanggup melakukan demonstrasi ketika negara kekal aman dan makmur.

Katanya, demonstrasi itu juga tidak wajar diadakan ketika rakyat menikmati harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit yang terus meningkat manakala harga bahan bakar dapat dikawal tanpa berlaku kenaikan.

“Tidak ada rakyat kita yang mati kebuluran tetapi di mana-mana tempat saya pergi ramai yang meninggal dunia kerana sebab terlebih makan.

“Macam hari ini, makanan yang disediakan sampai tidak termakan, masya-Allah, inilah ‘Baldatun Taiyyibatun Wa Rabbun Ghafur’ (negara yang baik dan diampuni Tuhan)," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat negeri ini kembali memberikan sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi memastikan lebih banyak manfaat disalurkan kepada mereka.

“Kalaulah ini usaha kerajaan mengapa tidak sokong BN. Kita hendak ingatkan orang Selangor agar kembalikan semula kerajaan kepada BN.

“Kita sudah buat banyak perkara semasa mentadbir dan kita akan buat lebih banyak lagi berbanding apa yang dilakukan pembangkang, ini janji kita," tegasnya. - utusan

Ustad Fathul Bari Bantai K-POP Bertam Nite?



Betul cakap Ustaz.. bila aturcara anjuran kerajaan pusat melakukan kesalahan seperti K-POP tempohari, bersusun-susun Ustaz dari pembangkang muncul untuk mengeluarkan fatwa dan menghentam kerajaan. Tapi bila kena salah kat batang hidung depa.. Ulama dan ustaz yang bersusun-susun tadi pun hilang melarikan diri.

Apakah itu perjuangan Islam sebenar? Tengok Ustaz Fathul.. K-POP kat Himpunan Belia pun beliau kritik selamba saja. Hinggakan menteri KBS pun membuat permohonan untuk minta maaf. Itulah sifat manusia sebenar.. salah tetap salah.. tapi kalau puak sana tu.. salah depa tuduh UMNO yang buat.. pelikkan?

Guan Eng Cuba Menegakkan Benang Yang Basah?


Ketua Menteri Paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat cuba 'menegakkan benang yang basah' apabila mempertahankan tindakan kerajaan negeri meluluskan 38 projek pembinaan di kawasan lereng bukit di negeri itu.

Beliau mendakwa projek itu membabitkan ketinggian kurang daripada 250 kaki dan membandingkannya dengan lapan projek perumahan lereng melebihi ketinggian itu yang diluluskan oleh kerajaan negeri BN sebelumnya.

Untuk menguatkan hujahnya, Guan Eng berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat hanya meluluskan projek pembangunan dengan garis panduan pembangunan keselamatan cerun bukit yang ketat.

Guan Eng dalam kenyataan medianya memberitahu daripada 31 buah projek pembangunan lereng bukit yang diluluskan UMNO/BN, lapan daripadanya melebihi paras ketinggian 250 kaki antara tahun 1985 hingga 2004.

Manakala tiga projek daripadanya diluluskan pada 2005, 10 projek pada 2007 dan dua projek antara Januari hingga Mac 2008.

Guan Eng membidas akhbar The Star apabila hanya menggembar-gemburkan isu pembinaan di kawasan lereng bukit di Pulau Pinang sahaja tetapi tidak di negeri lain seperti Johor dan Kuala Lumpur.

Hakikatnya, Guan Eng seolah-olah lupa bahawa Pulau Pinang adalah sebuah pulau yang terhad keluasan tanahnya dan sentiasa terdedah kepada risiko bencana alam yang tentunya memudaratkan banyak pihak.

Dalam pada itu, Pulau Pinang terus diburu kebimbangan akibat kekurangan tanah yang memaksa rakyat marhaen terpaksa keluar dari pulau itu dan membeli rumah di Seberang Perai.

Ia lantaran harga rumah di kepulauan itu yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Exco negeri itu, Datuk Abdul Malek Kassim pulak menepis dakwaan banyak pihak yang mengatakan kerajaan negeri sepanjang empat tahun memerintah, tidak menyediakan rumah kos rendah untuk rakyatnya.

Melalui data yang dihantar Abdul Malek kepada sumber MKP, kerajaan negeri telah membina sebanyak 1,194 rumah kos rendah dan 2,227 rumah kos sederhana rendah.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM500 000 untuk membina 11,800 unit rumah mampu milik pada harga RM75,000 walaupun harga pasarannya hanya bermula sekitar RM100,000 hingga RM250,000.

Malek berkata pemerintahan kerajaan negeri yang mengamalkan dasar kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) menyebabkan banyak individu asing berminat membeli aset di negeri itu.

Namun ketika ditanya tidakkah tindakan menjual aset kepada pihak luar akan menyebabkan rakyat negeri itu ibarat 'melukut ditepi gantang', Abdul Malek enggan mengulas lanjut.

MKP juga menghubungi Ketua Pembangkang UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim bersabit isu ini.

Beliau menyifatkan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tidak bertanggungjawab apabila 'menceroboh' kawasan lereng bukit untuk dijadikan kawasan kediaman.

"Kerajaan negeri tidak bertanggungjawab kerana membiarkan pemaju-pemaju menceroboh kawasan-kawasan lereng bukit menyebabkan kawasan kehijauan semakin berkurangan di Pulau Pinang," katanya.

Sehubungan itu, Azhar menyifatkan Guan Eng sebagai sampah politik dan hanya tahu menipu rakyat.

"Kerajaan Gua Eng ini hanya menipu rakyat yang hanya memikirkan tentang rumah berharga RM500 000 ke atas. Maka hari ini rakyat patut sedar bahawa orang yang dipanggil sampah politik, tidak wajar datang mentadbir Pulau Pinang. Dia tidak tahu apa-apa. Bagi saya Guan Eng sampah politik," katanya.
 

Dari Mana Phonm Penh Post Ini Datang?



ISU yang hebat dimainkan media pro pembangkang mutakhir ini ialah berkaitan dengan tulisan seorang wartawan Roger Mitton dari akhbar Phonm Penh Post berhubung skandal Scorpene dan pembunuhan Altantunya.

Naik muak pun ada bercakap benda yang hampir sama sejak 5 tahun lepas tapi memikirkan Hospital Bahagia belum ada ubat untuk mengatasi penyakit mental yang seumpama ini, maka jadi tanggungjawab penulislah untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang penipuan yang cuba disebarkan si benak-benak otak dalam Pakatan Rakyat ini.

Penulis suka nak memulakan tentang akhbar Phonm Penh Post ini.  

Phonm Penh Post adalah akhbar berbahasa Inggeris dari Kemboja atau dalam bahasa Inggerisnya Cambodia.  Cambodia pula adalah antara negara termiskin di Asia Tenggara, dan tidak pernah kita dengar Cambodia menjadi pusat  rujukan agensi-agensi berita terkemuka di dunia seperti Reuters, AFP dan sebagainya. Penulis dimaklumkan bahawa di Cambodia sendiri pun, Phonm Penh Post bukanlah akhbar yang terkenal seperti New Strait Times dan The Star disini, maklumlah, dengan kadar buta huruf yang tinggi, berapa kerat saja orang di Cambodia sana nak baca akhbar berbahasa Inggeris.

Tujuan penulis menyebutkan ini bukan dengan maksud menghina, tapi nak menggambarkan bahawa betapa kecilnya akhbar ini dibanding dengan agensi berita antarabangsa yang lain.

Jadi siapa Phnom Penh Post ini dan apa layaknya untuk bercakap tentang masalah di Malaysia, nak cakap pasal kapal selam?  Cambodia pun tak memiliki waima sebijik kapal selam untuk membolehkannya mengalami sendiri pengalaman membeli dan menguruskan peralatan ketenteraan tersebut dari perspektif yang betul.  Justeru, rujukannya penulis rasa lebih banyak dari apa yang dipapar dan ditulis di Internet semata-mata, bukan berdasarkan fakta sebenar.

Tidak hairan kenapa banyak fakta dalam artikel tersebut yang salah dan menyerong dari hal yang sebenarnya berlaku (atau yang sekurang-kurangnya kita tahu berlaku, berdasarkan laporan dari Mahkamah dan sebagainya).  Malah kalau boleh disebutkan disini sudah outdated.

Tapi semua itu nampaknya tidak menghalang balaci pembangkang untuk mensensasikan berita ini ke tahap tertinggi, atau tahap dewa mengikut bahasa yang biasa disebut.  Tidak pedulilah kalau berita itu betul atau tidak, asalkan ada kaitan dengan pembohongan yang rancak disensasikan mereka di negara ini, sudah cukup sesuai untuk dijadikan isu.

Ini bukan rendah lagi dah, tapi sudah ke tahap jatuh jauh ke bawah kualiti blogger dan facebooker pembangkang apabila berita dari sumber yang tidak kuat pun diangkat menjadi isu sensasi.  Kalau maklumat dalamnya itu benar, boleh tahan, ini banyak yang salah.

Contohnya dakwaan Altantunya pernah berjumpa dengan Datuk Seri Najib di Paris dan ‘komisen’ yang dibayar kepada Perimekar

Umum tahu, Datuk Seri Najib sudah 4 kali bersumpah tidak pernah mengenali dan berjumpa dengan Altantunya (secara peribadi).  Sengaja disebutkan ‘secara peribadi’ disitu sebab penulis sendiri sudah beberapa kali berjumpa dengan Perdana Menteri – tidak bermaksud beliau mengenali penulis.  Begitu juga dengan Pakcik Hasan di Muar, Ah Lok di Kuala Lumpur dan Makcik Bedah di Kuching, kalau nak disebutkan ramai, beratus ribu kalau tak berjuta orang yang sudah berjumpa dengan Datuk Najib, tapi tak semuanya dikenali pemimpin nombor satu negara itu.

Sebagai orang Islam pula, tidak ada sebab kenapa penulis nak menolak pengakuan bersumpah Datuk Najib itu, lagipun selain ‘air liur’ adakah apa-apa sumber lagi yang boleh mengesahkan pertemuan tersebut?  Setakat gambar yang di super imposedkan itu tak payahlah, buang masa.

Kalau Roger Mitton dan Phonm Penh Post terlalu jahil untuk faham kepentingan disebalik sumpah, berlambak sumber di internet akan penafian Datuk Najib yang beliau pernah berjumpa dengan mendiang.  Itu pun sudah lebih dari cukup, tapi hairan, masih lagi menjadi bahan tulisannya.

Isu komisen ini juga sudah berulang kali disebut dalam persidangan Parlimen Malaysia dan disiarkan di media antarabangsa.  

Perimekar bukan orang tengah sehingga nak dibayar komisen, Perimekar adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan kepada operasi 2 buah kapal selam yang dibeli kerajaan Malaysia selama 6 tahun.  Termasuk kos latihan dan sara hidup anak-anak kapal serta keluarga mereka sepanjang beberapa tahun mereka berada di Perancis.

Jelasnya disini, Phonm Penh Post ini adalah akhbar picisan yang tidak dapat perhatian waima di Cambodia.  Orang Pakatan saja yang sibuk sebab ada isu yang boleh disensasikan disitu, dan ini bukanlah suatu yang mengejutkan.  Asas pertuduhan ke atas Datuk Najib dalam kes ini diketahui terlalu lemah, justeru apa pun yang boleh dikutip, akan dikutip mereka untuk dijadikan isu.

Phonm Penh Post tidak terkecuali.

Bahkan penulis pernah dimaklumkan seseorang, kalau di punggung lembu ada tertulis perkataan Najib & Altantunya, nescaya lembu itupun akan diangkat menjadi calon pilihanraya mewakili Pakatan Rakyat.  Penulis rasa orang itu melawak, tapi itu tidak mengepikan maksud sebenarnya, betapa bebalnya orang Pakatan Rakyat ini.Beruang biru

Friday, June 8

Roger Mitton Dan Fiksyen Kapal Selam


ROGER Mitton, seorang wartawan serantau di Phnom Penh Post, Kemboja menulis artikel bertajuk, ‘Urusniaga kapal selam menghantui PM Malaysia’.

Untuk seorang wartawan mengulangi skrip yang telah dibatalkan oleh penulis asal, Raja Petra Kamaruddin (RPK) amatlah menyedihkan.

RPK, seorang yang kurang stabil, pengecut dan juga pelarian mengangkat dirinya sebagai manusia berintegriti dan seorang wira, telah pun membuat pengakuan terbuka bahawa beliau hanya mengada-ngadakan kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya.

Pembunuhan itu juga telah pun dibawa ke mahkamah dan tiada satu pun bukti yang dapat mengaitkan apa-apa dengan PM mahupun kapal selam yang dibeli.

Tetapi jelaslah, bahawa ada pihak yang masih dihantui dengan kisah ini, atau mungkin juga dengan ‘jawatan PM’ serta enggan mengakui bahawa tiada apa-apa yang pelik di belakang pembelian kapal selam dan bahawa kisah pembabitan PM dalam pembunuhan hanyalah merupakan fitnah terang-terangan.

Lucu bila memikirkan Mitton mempunyai pengetahuan yang lebih sedikit dari RPK, penulis skrip asal sendiri. Contohnya, beliau tahu bahawa Altantuya telah dirogol sebelum tubuhnya hancur diletupkan.

Jika kita mempunyai tahap imaginasi yang tinggi sepertimana Mitton, kita akan menyangka bahawa Mitton sebenarnya terlibat dalam pembunuhan itu. Ini dapat menjelaskan bagaimana beliau tahu secara terperinci bahawa wanita tersebut telah dirogol dan apakah yang dibualkan oleh Altantuya dengan Razak Baginda sebelum dibunuh, sedangkan Mitton hanya bertemu Razak sekali atau dua kali sebelumnya.

Tetapi, Mitton tidak dapat menulis kisahnya dengan tepat. Artikel beliau agak mengelirukan dan pembaca gagal mengenalpasti sama ada Altantuya adalah perempuan simpanan Razak dan bagaimana beliau terlibat dengan PM.

Dan kita dapat mengesan bahawa Mitton agak berhati-hati dengan menyebut jumlah harga kapal selam secara jangkaan, mungkin kerana tidak mempunyai maklumat terperinci. Pastinya beliau tidak mempunyai maklumat terperinci kerana jumlah rasuah yang didakwa sering berubah-rubah dalam setiap versi kisah ini.

Bagaimamnapun, versi yang paling popular ialah bahawa rasuah tersebut berjumlah EURO 114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat milik sama ada Razak, atau isterinya atau isteri PM atau sesiapa jua yang mana SUARAM sendiri, iaitu juara isu scorpene ini, pihak pembangkang dan Mitton sendiri tidak dapat pastikan, walaupun mereka begitu pasti tentang semua perkara lain.

Satu-satunya versi yang tidak berubah ialah yang diperjelaskan oleh PM dan kerajaan di dalam parlimen. Faktanya ialah Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S. Ombak Laut Sdn Bhd.

Dan Perimekar tidak menerima apa-apa komisen atau rasuah dari DCNS tetapi hanya menerima bayaran bagi perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan yang diberikan mereka.

Ini termasuk, kediaman lengkap bagi 27 pegawai, 156 krew dan 30 staf dan keluarga mereka di Perancis dan Sepanyol selama 6 tahun.

Perimekar juga adalah bertanggungjawab menyediakan dan menguruskan pejabat pengurusan di Perancis dan Sepanyol selama 6 tahun.

Dan juga Perimekar perlu menanggung kos insurans, elaun, perjalanan dan koordinasi serta semua perebelanjaan bagi memastikan operasi berjalan lancar selama 6 tahun.

Kita harap agar Mitton tidak cuba untuk membandingkan kos kehidupan di Kemboja dengan Eropah, terutamanya Perancis. Melihat dari angka ‘rasuah’ iaitu EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta mengikut tarikh kontrak iaitu 5 Jun 2002, congakan rambang akan menunjukkan bahawa EURO 85 juta adalah kos hangus untuk operasi, sementara EURO 26 juta adalah kos ‘overhead’.

Justeru, Perimekar hanya mampu membuat untung sebanyak lebih kurang EURO 3 juta sahaja.

Jika kesemua RM410.27 juta tersebut dibayar sebagai rasuah kepada PM, Razak atau sesiapa jua, bagaimakah agaknya Perimekar mampu terus wujud sedangkan mereka perlu menanggung semua kos di atas? Apakah Mitton ingin berhujah bahawa mereka beroperasi secara percuma?

Mungkin Mitton tinggal di Kemboja terlalu lama dan amat mendambakan sebuah kisah yang menarik. Kita tidak menyalahkan Mitton untuk cuba menghapuskan kebosanannya.

Tetapi, kita dapat melihat bahawa Mitton adalah seorang penulis fiksyen yang baik. Selepas menulis artikel yang begitu menyedihkan ini, penulis harap Mitton akan memikirkan secara serius tentang menceburi bidang penulisan fiksyen. Sekurang-kurangnya beliau akan dipuji kerana menulis fiksyen yang baik daripada diketawakan kerana menulis laporan berbentuk fiksyen.

Bagaimanapun, sedikit kredit perlu diberikan kepada Mitton kerana kini kita menyedari akan kewujudan akhbar bernama ‘Phnom-Penh Post’.

- BERUANG BIRU

GEMPAR ; USTAD KHALWAT BAGI CERAMAH KEPADA ORANG UMNO?


GEMPAR..!!!!! Malam ini Ustaz Khalwat memberi kuliah Agama Dan Qiamulai pada orang ramai di SURAU BANDAR BARU PERDA, TELUK KUMBAR..... 

PERSOALANNYA ...????? Kenapa boleh terjadi sebegini, sedangkan pengerusi SURAU adalah KETUA UMNO CAWANGAN BANDAR BARU PERDA... Peringkat Bahagian Perlu menjalankan siasatan kenapa ini boleh berlaku... 

PERLUKAH KITA MENDENGAR SEORANG YANG BERGELAR USTAZ DITANGKAP KHALWAT MEMEBERI KULIAH KEPADA KITA..MAKBULKAH DOA DIA ATAU YANG PERGI DENGAR PUN SAMA MACAM USTAZ KHALWAT TU..?????? adakah kepimpinan UMNO akan berdiam...????saikopen

PENIAGA MELAYU BUKIT BENDERA KENA KENCING?


Lim Guan Eng baru sahaja rasmi pembukaan Astaka Bukit Bendera sekali dengan THE OWL MUSEUM. Pilot projek dari LGE kepada raktyat Pulau Pinang. Bagus.....demi kepentingan ekonomi dan niat utk memajukan sektor perlancongan di Bukit Be yg mana allocation lot-lot kedai kepada melayu melalui PDC dan bermacammacam lagi. 

Bila ada projek di satu-satu tempat maka peluang perniagaan pun datang melimpah ruah. Walaupun melayu cuma dapat 'SUKU' dari apa yg di rancang(kerana kemampuan dan kebolehan melayu urus perniagaan agak lemah dan masih BERTATIH) melayu tetap di beri peluang agara sama2 terlibat dlm pembangunan ekonomi di bawah BN. Kesimpulan cerita.....

Dari Projek ASTAKA ni dan The Owl Museum ni sapa yg dapat tender? Harga fight tender akan jd berapa? Adakah melayu di beri perlindungan semasa persaingan terbuka berlansung?? Dan yg paling penting adakah org2 melayu mendapat manfaat jangka masa panjang dr pilot projek ni??? Bukan apa.......sektor perlancongan ni melayu masih belum mempunyai kepakaran. 

Paham2 saja la barang apa nanti yg boleh di jual disitu bila melayu dh di ketepikan atas alasan PERSAINGAN SIHAT PERNIAGAAN.' U KALAU DAH TAK CUKUP MODAL PUSINGAN UTK BERNIAGA, U BOLEH TUTUP LOT KEDAI DAN BALIK KAMPUNG. KITA AKAN BELI U PNY KEDAI'. Ayat yg selalu melayu dengar bila org2 bukan melayu tahu melayu dh abis modal berniaga....Kekuatan ekonomi org melayu di situ nanti bergantung kepada berapa bnyk masuknya pelancong dan dr mana asal pelancong itu datang. 

Hak eklusif utk membenarkan TRAVEL AGENCY naik atas Bukit Bnedera ni berada dlm tangan pejabat CM PULAU PINANG. Semua dah boleh bayangkan apa maksud aku...........kalau pelancong tu dr Negara China dia nk beli ka barang2 tradisional melayu?? Kita perlukan pelancong2 dr timur Tengah utk memajukan ekonomi melayu dlm bidang perlancongan tapi sprt yg aku kata.....semenjak Pulau Pinang di perintah DAP, program keusahawan bumiputera di bawah state dah pun lumpuh. Dap hny tolong bg modal kalau melayu nak berniaga nasi lemak bawah payung. 

Tp kalau nak terlibat dgn program perniagaan besar mcm ni DAP akan cakap 'LU KENA BERSAING MCM KITA BERSAING LORRR'.........mampukah melayu berniaga tanpa PERLINDUNGAN ARTIKEL 153? tepuk dada tny selera...........ndera.........amat baik sekali.......cuma aku nak tny la....kerajaan BN dulu melalui UMNO selalu menekankan setiap projek baru di mana2 kena ada allocation utk pembangunan bumiputera agar org2 melayu boleh sama2 terlibat dlm pembanggunan ekonomi sesuatu tempat....contoh-Bazzar Chowrosta, PERDASAMA dlm Tanjong, Pembanggunan Bandar Bayan Baru.

ARTIKEL OLEH MAMLUK QALAWUN

KHALID ISMATH DIGANTUNG 3 SEMESTER,MESTI BAPANYA RESTU?


Beginilah nasib apabila mahasiswa telah melanggar tartatertib yang telah ditetapkan oleh pihak UITM.Sudah tentu pihak Ibubapa akan menyalahkan Kerajaan dan pihak UITM walaupun tidak disuarakan secara in-direct namun sikap sayangkan anak sudah tentu akan membela anaknya walaupun ibubapanya tahu akan diambil tindakan oleh pihak berwajib.MKP teringat kata-kata pujangga oleh P. Ramlee dalam filem Anakku Sazali hayatilah video dibawah supaya memberi pengajaran kepada kita semua.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggantung pengajian penuntut jurusan undang-undangnya, Khalid Mohd Ismath, yang dibicarakan pagi tadi oleh lembaga tatatertib, selama tiga semester bermula sesi akademik September ini. 
Khalid, 22 dibicarakan antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 
"Selain digantung pengajian, saya juga tidak dibenarkan mengambil peperiksaan bagi semester ini," tambah beliau. 
Beliau yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) merancang untuk bergiat aktif dalam politik dan membantu parti politik berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU). 
"Tujuan saya bukan semata-mata kerana politik, tetapi saya mahu meneruskan usaha gerakan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bagi meneruskan perjuangan, menyuarakan pendapat dan kebebasan mahasiswa untuk bersuara.sinarharian
Ingatlahkah kita pada kenyataan bapa kepada khalid ismeth nie....samalah seperti yang telah MKP nyatakan diatas kerana sayangkan anak sanggup membela anaknya sedangkan tahu apa yang dilakukan bakal dikenakan tindakan.Terlajak perahu masih boleh berundur akan tetapi jika sudah terlajak perbuatan terimalah natijah dari perbuatan kita.Adakah pihak pembangkang akan terus membela Khalid Ismeth nie dengan menyambung pelajaranya di Universiti Selangor yang mereka kuasai..? 

NAPE NIE PULAK DAH,APA YANG TERJADI?



Ini bukan kes Melayu mudah lupa tetapi PAS pura-pura tidak ingat.Entahlah sama ada Khalid Samad ada merujuk hal ini kepada Datuk Seri Haji Hadi Awang.Apakah Ahli Parlimen PAS Shah Alam itu sudah mengidap penyakit kabur ingatan dan lupa pada 'fatwa' Presiden PAS bahawa video itu besi tidak boleh dijadikan bukti.

Mungkin dalam keadaan desperate nak cari political milage ,Khalid terpaksa melanggar kehendak bosnya.Khamis beliau tampil dalam satu sidang akhbar di Shah Alam mendakwa ada rakaman video cubaan 'orang UMNO' untuk membeli seorang Ahli Parlimen PKR.

Ia didakwa berlaku di sebuah restoran sekitar Lembah Klang, lebih setahun lalu.

Pelakon dalam vieo itu dua wakil ahli Parlimen PKR dan dua ejen sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili BN manakala jumlah wang sogokan yang ditawarkan RM2 juta.

Kata Khalid beliau nak didedahkan siapa Ahli Palimen PKR berkenaan semasa sidang Parlimen Selasa ini.

Hairan juga video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pembangkang buat 'dont't know' saja tetapi dalam hal ini nak jadi master dedah.

Juga Khalid lupakah CCTV yang jelas tunjuk Anwar dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah sedang naik turun lif apartmen lokasi aksi seks itu.

Dakwaan kemungkaran pembesar pakatan pembangkang yang jelas terbentang depan mata cuba dipendam begitu sahaja dan kini nak tunjuk perhatin pada satu bukti video.

Jangan lupa siapa saja boleh jadi pelakon dalam aksi 'jual beli' di sebuah restoran begini.

Lagipun apa bukti dua wakil NGO berkenaan mewakili BN.

Siapa sahaja boleh boleh dakwa dirinya begitu.

Khalid nampaknya sudah letak dirinya ke taraf cukup rendah hingga boleh memalukan Haji Hadi.

Juga jangan lupa isu 19 September Anwar nak 'borong' 30 Ahli Parlimen BN masih segar dalam ingatan ramai.

MKP: GAMBAQ DIATAS TUE HANYA HIASAN TAPI NEELOFA PUN SAKIT PERUT DENGAN KERENAH PUAK PKR DAN PAS NIE...HEEEE

ASSMIN TAKUT JAWAB MELEKAT YB JAMBAN?


Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip mengalu-alukan sikap berdiam diri Azmin daripada menjawab isu skandal video seks dan rasuah yang membabitkan dirinya dan beliau seterusnya menyarankan agar Timbalan Presiden PKR itu untuk terus diam seribu bahasa tanpa perlu menjawab isu-isu tersebut.

Menurut beliau, selagi Azmin tidak menjawab dan mempertahankan dirinya berkenaan isu-isu tersebut, maka selagi itulah rakyat di negara ini akan menganggap bahawa Azmin merupakan seorang pemimpin yang pengecut dan tidak mampu mempertahankan maruah diri dan keluarganya sendiri.

“Sekiranya hari ini Azmin sudah tidak mampu untuk mempertahankan maruah dirinya, maruah keluarganya, bagaimana mungkin kita mahu menaruh harapan kepada beliau untuk menjaga maruah agama, bangsa dan tanahair satu hari nanti?

“Bagi saya, Azmin hanyalah seorang pemimpin yang pengecut lagi dayus. Dengan sikap beliau yang menikus dan langsung tidak mampu untuk membela maruah dirinya itu, tidak hairanlah sekiranya hari ini ada rakyat yang menggelarkan beliau sebagai YB Tandas ,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, Azmin tanpa disedari kini menjadi liabiliti kepada Pakatan Pembangkang ekoran sifat pengecut dan dayus beliau dalam mempertahankan maruah diri dan keluarganya, dan sebaliknya menjadi aset kepada UMNO dan BN dalam mempersoalkan kredibiliti kepimpinan yang ada di dalam Pakatan Pembangkang, terutamanya PKR.

“Saya juga menyeru kepada saf-saf kepimpinan di dalam Pakatan Rakyat agar terus mempertahan dan membela pemimpin yang dayus dan pengecut seperti Azmin.

“Saya yakin, dengan apa jua cara sekalipun mereka (kepimpinan pakatan pembangkang) akan cuba membela Azmin kerana jika tidak, seolah-olah saf-saf kepimpinan Pakatan Pembangkang, terutama Pas dan PKR telah melakukan satu dosa besar kerana gagal membela Azmin anak emas kepada Anwar Ibrahim,” tegas beliau lagi.

VIDEO HANGIT : SAYA BUKAN AHLI UMNO

No matter who you are - take Charge, make a Difference!

Listen to what our Core Volunteers have to say! 
Impromptu recording after the first core volunteers meeting - 4 June 2012.
Let's take charge. Let's make a difference.

JIKA INI YANG DILAKUKAN OLEH DAP UNTUK MEMERANGI PARKING HARAM?

Guan Eng suka menyalahkan orang lain bila jalan kat Penang nie sesak. Apa kata MKP cadangkan kepada beliau supaya meniru apa yang datuk bandar Vilnius nie buat,,,Tentu terbaik dan tak payah nak salahkan kerajaan terdahulu iatu BN.silap hari bulan Guan Eng jatuh longkang pun mesti salahkan kerajaan BN buat dulu sebelum dia jadi Ketua Menteri.

Ini memang penuh dengan kemenangan mutlak. Datuk bandar Vilnius, ibu kota Lithuania, Arturas Zuokas boleh kita panggil sebagai datuk bandar paling bad-ass!

Arturas Zuokas bosan dengan karenah pemandu kereta mewah yang suka meletak kenderaan mereka sesuka hati di tengah bandar Vilnius dan nekad mengambil tindakan drastik.

Datuk bandar ini tidak teragak-agak untuk memusnahkan mana-mana kereta yang parking secara tidak sah dengan kereta kebal buatan Russia.

Thursday, June 7

SUARAM PATUT MALU TIADA PERBICARAAN DI PERANCIS?


Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 – pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.

Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.

Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.

Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.

Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja – sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.

Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib.

DAULAT TUANKU RAKYAT JOHOR WAJIB MENYERTAINYA?


PERHIMPUNAN TAAT SETIA KEPADA DYMM SULTAN JOHOR.

Ahad 10 Jun 2012 - Jam 12 Tengahari.
Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Membantah tindakan biadap Nizar dan sekutunya.
Sila sebarkan!!

AIK SUDAH TUKAR KA?




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak melatah dan jangan menjadi pemimpin lidah bercabang berhubung pembekuan sementara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap pelajar di Universiti Industri Selangor (Unisel).

Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Gasing Saling berkata mereka perlu melihat perkara berkenaan secara positif dalam usaha membuktikan kepada umum apa yang diwar-warkan sebelum ini menjadi kenyataan.

Menurut beliau bukankah Anwar dan Rafizi begitu hebat mencanangkan pemansuhan PTPTN di seluruh negara menerusi ceramah dan sebagainya dalam usaha memberikan pendidikan percuma kepada pelajar.

“Inilah masanya untuk buktikan…tunggu apa lagi. Tunjukkan kebolehan dan kepakaran mereka dalam soal ini. Lagi pun bukankah Anwar merupakan penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor yang bergaji RM1. Bukankah Anwar dicanang pakar ekonomi yang hebat…. lagipun bukankah Selangor diwar-warkan negeri maju, ada aliran tunai berbilion ringgt. Apa lagi yang mahu ditunggu dan sepatutnya pembekuan berkenaan tidak menjadi masalah.

“Sebaliknya merupakan satu kesempatan yang terbaik untuk mengotakan apa yang dikatakan itu. Janganlah melalut dan buat pelbagai dakyah yang tidak tentu hala. Takkanlah ketika tabur janji tidak ada perancangan,“ katanya kepada UMNO-Online.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) buat sementara waktu.

PTPTN dalam kenyataan media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu meletak jawatan sekiranya terbukti benar bahawa menteri tersebut mengarahkan supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menghentikan pinjaman kepada siswa Universiti Selangor selain menyifatkannya sebagai perbuatan dendam.

Gasing seterusnya menambah, itulah harga yang perlu dibayar oleh pemimpin PKR yang hanya pandai dan bijak menabur janji tetapi tidak ada perancangan yang cukup baik dalam memastikan agenda pendidikan negara terus cemerlang.

“Saya tidak hairan dan tidak pelik jika perkara ini dijadikan bahan cerita dan alat untuk memburukkan kerajaan pusat khususnya BN. Yang penting bagi mereka adalah undi dan bukannya kepentingan pelajar.

“Sebab itu kita mintalah rakyat melihat secara mendalam bagaimana janji bulan dan bintang yang keluar daripada pembangkang hanya sekadar kosmetik politik dan sandiwara untuk mendapatkan undi semata-mata.

“Jika mereka ikhlas sepertimana yang saya katakan tadi, inilah dan masa yang sesuai untuk membuktikan apa yang diwar-warkan sebelum ini untuk memberikan pendidikan percuma menjadi satu realiti. Lagi pun bukankah mereka ada bekas Menteri Kewangan yang bergaji RM1,” katanya. -MediaUMNO


- Posted using BlogPress from my iPad

@addin77 Memalukan Diri Dengan Gambaq Ini?


Malu tahap gaban beb bila gambar ini dimainkan oleh blogger addin77,Ibarat meludah kelangit dan jatuh kemuka sendiri.Sampai isu tahap sanggap telah dimainkan.Bagi MKP pihak 100plus patut berbuat sesuatu terhadap addin77 kerana cuba mensabotaq produk 100plus.Untuk maklumat 100plus adalah penaja bagi Himpunan Sejuta Belia 2012 tak salah jika memaparkan gambaq PM.Minuman 100plus ini dekat dengan belia dan telah menjadi penaja setiap acara sukan.Berikut adalah penjelasan dari pihak 100plus


Kenyataan 100 PLUS Malaysia itu ternyata telah memalukan media alternatif pro-pembangkang! Mereka itu pula yang sekarang tampak kurang cerdik dan jatuh kredibiliti mereka kerana memainkan isu gambar Najib Razak!Mungkin syarikat isotonik tersebut akan mulai print sesuatu program besar tajaan mana-mana pihak selepas ini.

Dan untuk mengurangkan aksi meroyan pro-pembangkang tantang isu gambar Najib Razak di tin 100 PLUS, di sini MKP sertakan satu gambar daripada pembaca anonymous.

Gambaq nie pulak tak mau buat cita yang minuman 100plus bakal diboikot oleh penyokong BN supaya tidak menyokong peliwat tegar antarabangsa?Gelak guling-guling MKP membaca fitnah addin77...haaaaaaaa


VIDEO : DAP BERSIH 3.0 KANTOI SEPARA BOGEL?



Jika kita berfikiran waras dan matang harus dapat membezakan kedua-dua video yang tertera diatas.Nampak sangat DAP ini berbohong dari semua segi termasuk fakta.Apa tidaknya semuanya dimanipulasikan supaya rakyat membenci Kerajaan BN.Fakta tentang Bersih3.0 telah diperjelaskan kepada rakyat Malaysia sebelum ini dengan penglibatan Media Arus Perdana namun kini telah timbul pulak video ini sebelum Video rasmi yang akan dikeluarkan oleh pihak KDN.Dari maklumat yang MKP perolehi video dari pihak KDN akan dikeluarkan selepas pihak Panel Penasihat Bebas meneliti video tersebut,Berikut adalah surat kenyataan media yang dikeluarkan.

Kantoi lagi DAP nie,Kenapa DAP ingin menegakkan benang yang basah.Mungkin diatas desakan serta memuaskan hati pihak yang telah melabur duit demi menghancurkan Malaysia?

KENAPA MASYARAKAT CINA FOBIA DENGAN PR?



Dengan bahang pilihanraya semakin terasa, parti-parti politik di Malaysia semakin kuat bekerja.  Walaupun tiada siapa yang tahu bila tarikh tepat pilihanraya, tetapi dari gelagat ahli-ahli politik, terasa seolah-olah pilihanraya akan diadakan esok atau lusa.   

Pakatan Rakyat, sebagai parti yang tidak perlu bertanggungjawab atas apa-apa melipat gandakan aktiviti berkempen walaupun mereka sememangnya berkempen sepanjang masa.  PR sebolehnya cuba meyakinkan para penyokong mereka bahawa mereka mampu menang kali ini.  Malah, mereka juga sering mewar-warkan bahawa mereka sepatutnya mampu menang sebelum ini, sekiranya pilihanraya yang diadakan adalah adil dan bersih.  

Ramai yang terpedaya dengan propaganda pilihanraya tidak bersih dan tidak adil seperti yang ditohmah PR, termasuk kaum Cina yang sebelum ini tidak begitu memberi perhatian terhadap politik jalanan.  Kaum Cina selalunya hanya memberi tumpuan pada politik untuk satu tujuan iaitu memastikan pengukuhan ekonomi kaum mereka.  Tetapi, akibat hasutan yang berterusan, ramai kaum Cina termakan strategi pembangkang yang memburukkan kerajaan dan mula percaya bahawa tahap ketelusan dan keadilan pilihanraya di Malaysia adalah amat buruk sekali.  

Mereka yang rata-ratanya menjadikan Malaysiakini dan akhbar-akhbar berbahasa Cina sebagai rujukan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dari pihak SPR atau kerajaan.   Lanjutan dari itu, mereka memberi sokongan penuh kepada usaha untuk ‘membersihkan’ pilihanraya melalui BERSIH.  

Tanpa mereka sedari, mereka telah diperalatkan oleh pembangkang untuk mengsabotaj negara sendiri, sekali gus, diri sendiri.   Lalu mereka pun turun ke jalanan membontoti Ambiga walaupun mereka tahu bahawa kerajaan telah menawarkan stadium untuk mereka berdemonstrasi dengan aman.    Kerajaan telah berusaha menyedarkan mereka dengan penjelasan demi penjelasan bahawa BERSIH 3.0 adalah tidak perlu sama sekali namun mereka tidak percaya.  

Sehinggalah apabila Anwar mengarahkan peserta BERSIH 3.0 merusuh dan mengganas, maka kaum Cina tiba-tiba terpinga-pinga.Pada ketika itu, sebahagian besar dari mereka pulang ke rumah dalam keadaan berang kerana ‘BERSIH telah diambil-alih oleh pembangkang’.   Segala peringatan kerajaan kepada mereka kini terserlah sebagai benar belaka.  

Kaum Cina mungkin bijak berniaga, tetapi itu tidak bermakna mereka bijak dalam segala-galanya.  Sedar atau tidak, kaum mereka paling mudah untuk dihasut oleh pihak yang berkepentingan dengan hanya mempergunakan sifat perkauman yang berakar-umbi di dalam diri orang-orang Cina untuk menghancurkan/mengkhianati negara sendiri.  

Dalam konteks negara ini, kaum Cina dihasut agar percaya bahawa kerajaan menganaktirikan mereka.  Mereka juga diajar agar menafikan segala peluang yang diperolehi kaum mereka serta kelonggaran untuk mereka mengamalkan bahasa dan budaya sendiri di sekolah berasingan, sebagai bukti keikhlasan kerajaan.   Mereka diasuh agar membuat tuntutan-tuntutan yang bersifat pentingkan diri serta membelakangkan perpaduan dan kepentingan kebangsaan.   Semua ini adalah bertujuan untuk melemahkan struktur negara agar memudahkan musuh untuk menguasai kita.  

Kerana itu, apabila disebut sahaja kerajaan, SPR, SPRM atau polis, maka kaum Cina akan menterjemahnya sebagai ‘Melayu’.Oleh kerana kebencian yang begitu meluap terhadap kaum Melayu, mereka tidak lagi dapat melihat apa-apapun kebaikan dari pihak-pihak ini.  Mereka menjadi buta dan akan mempercayai apa sahaja yang buruk mengenai ‘Melayu’ tanpa berfikir dua kali.  

Maka tidak hairanlah mereka percaya bahawa pilihanraya negara ini tidak bersih hanya kerana ada orang yang menyatakan begitu.  Apabila kerajaan atau SPR memberikan fakta dan angka untuk menepis tuduhan itu, mereka enggan menerimanya.  Tetapi, mereka akan percaya apa saja ‘fakta dan angka’ yang disogok oleh pihak lain yang bertujuan memburukkan imej kerajaan dan SPR, walaupun ‘fakta dan angka’ itu tidak masuk akal langsung.   

Memang sukar untuk menyedarkan manusia yang memilih untuk bersikap prejudis dan begitulah keadaannya kaum Cina di Malaysia hari ini – mereka prejudis terhadap kerajaan dan apa saja yang berbunyi Melayu.  

Tetapi, nampaknya BERSIH 3.0 telah ‘menampar’ mereka sehingga terjaga dari dibuai mimpi kebencian yang meluap-luap.   Kini, ramai dari mereka sedar bahawa BERSIH hanyalah alat pembangkang untuk berkuasa melalui jalan belakang.   Akibatnya, ramai dari mereka mula menjauhkan diri dari PR dan memilih untuk menjadi pengundi atas pagar.  

Walau bagaimanapun, kaum Cina masih terlalu angkuh untuk mengakui bahawa kerajaan BN pimpinan Melayu tidaklah seburuk atau sejahat yang dituduh oleh PR.Rata-rata kelihatannya kaum Cina masih tegar berpegang kepada semangat perkauman dalam menyatakan pendirian politik mereka.    Mereka masih enggan menerima hakikat bahawa kejayaan kaum mereka di Malaysia hari ini juga adalah berkat keikhlasan dan kebijaksanaan kepimpinan Melayu-UMNO-BN.   Kaum Cina nampaknya masih belum mampu memahami bahawa jika kepimpinan kita tidak bijak, kaum Cina juga tidak mungkin mampu berjaya seperti hari ini. 

Setakat ini, kaum Cina telah melakukan perkara yang bijak dengan menjauhkan diri dari PR tetapi sedarlah bahawa kebijaksanaan itu hanya akan berguna jika mereka kembali mendekatkan diri dengan BN

ANWAR HASUT MAHASISWA TAK PAYAH BAYAQ PTPTN?



Pendedahan oleh akhbar Cina, Sin Chew Daily pada 4 Jun 2012 yang lepas berkenaan hasutan Anwar supaya peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka ternyata hanyalah satu janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata.

Dalam ceramahnya bersama Lim Guan Eng itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut menjanjikan PTPTN akan dihapuskan dalam jangka masa setahun selepas peralihan kerajaan pusat sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Konon hendak diganti dengan pendidikan serba percuma. Walhal Anwar lupa, Yayasan Selangor milik kerajaan Selangor hingga kini telah menutup pusat pendidikan kemahiran serta asrama kediaman pelajarnya.

Mana logiknya untuk  Anwar mempraktikkan pendidikan percuma? Kontradik & memualkan sekali, tidak begitu?

Zaman sekarang sudah ramai yang buka mata dan bijak berfikir jauh ke depan. Tak semudah dan sewenang-wenangnya untuk Anwar terus menjual temberang dan mengabui mata rakyat. 

Omong kosong dan propaganda murahan seperti yang kerap di usung oleh Anwar dan pakatan pembangkang sudah dianggap seperti gebang penjual ubat & makjun kesihatan di jalanan. Seronok untuk di dengar tapi mudarat untuk di guna pakai.

Dari sudut lain pula, bukankah bila pinjaman yang sudah dimeterai perjanjian kontrak dan terma syaratnya dipersetujui, apabila sengaja dilanggar memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab? Walhal, jika PTPTN itu membebankan, lebih baik dari awal lagi dijauhi.

Anwar lupa, majoriti rakyat Malaysia bukannya sebodoh pemuja dan pengikutnya. Baik Melayu, Cina, India, kadazan, Iban dan apa saja kaum di bumi bertuah ini amat jelas resam bila berhutang menjadi kewajipan pula untuk patuh pada perjanjian pembayaran semula.

Tanyalah siapa saja yang waras fikirannya, mereka akan bercakap perkara yang sama - hutang wajib dibayar. 

Waima kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP hingga kini terus aktif memburu ratusan rakyatnya yang gagal membayar semula wang pinjaman pendidikan yayasan negeri, mana mungkin untuk rakyat meyakini temberang dan hasutan Anwar.

Namun apabila Anwar menghasut rakyat khususnya para pelajar mengingkari bayaran semula pinjaman PTPTN, itu jelas menonjolkan sikapnya tidak bertanggungjawab seorang pemimpin.

Jelaslah, Anwar sebetulnya hanya menjemput bala apabila menggesa peminjam mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman. 

Rakyat Malaysia tidak mungkin sanggup membiarkan tanahair ini diserahkan kepada Anwar dan pembangkang yang tiada sikap cakna dan tanggungjawab.BERUANG BIRU

Wednesday, June 6

MANA VIDEO BERSIH YANG TELAH DIJANJIKAN?



Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa rakaman visual perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu akan disiarkan kepada umum selepas Panel Penasihat Bebas selesai meneliti terlebih dahulu keseluruhan rakaman yang telah diserahkan kepada mereka sebelum ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam satu kenyataan berkata Panel Penasihat Bebas wajar diberikan ruang dan masa secukupnya bagi membuat penilaian ke atas setiap rakaman tersebut.

Justeru, katanya KDN akan mengambil maklum setiap pandangan dan nasihat daripada panel itu yang akan mengadakan mesyuarat Isnin ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata KDN akan memuat naik rakaman video perhimpunan tersebut dalam laman web kementerian itu hari ini untuk dilihat dan dinilai sendiri oleh orang ramai.

Katanya langkah kementerian menunjukkan rakaman yang diperoleh daripada pelbagai pihak itu bertujuan membolehkan orang ramai mendapat perspektif sebenar tentang kejadian dalam perhimpunan itu.

Pada 9 Mei lalu kerajaan mengumumkan penubuhan Panel Penasihat Bebas yang diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar bagi menjalankan siasatan serta mendapatkan butir terperinci mengenai rusuhan pada perhimpunan tersebut.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive