Sunday, February 12

PEMIMPIN UMNO REBUT KERUSI PRU13,JANGAN RETORIK???


Pada mulanya malas jugak nak sentuh isu nie,akan tetapi apabila telah mendapat perhatian Tun Daim,MKP memberikan pandangan mengenai isu ini.Apa gunanya berebut kerusi kat Lembah Pantai tue????Rakyat melihat apa Pemimpin buat.Jika sebelum ini Pengarah Media MT UMNO telah memberikan cadangan supaya tidak menghentam Pemimpin UMNO sampai PRU 13 akan tetapi macam nie sikap pemimpin Tunggu Apa Lagi Balun Ajelah janganlah bersikap retorik dalam membuat kenyataan media sedangkan masih ada banyak cara untuk menyelesaikan masalah dalam nie????Pemimpin bercakap akar umbi perlu bersatu akan tetapi Pemimpin tue sendiri!!!!!!
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin adalah calon paling sesuai untuk merampas balik kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya umum akan datang.
 Daim yang jarang memberi komen mengenai politik semasa berkata agak sukar untuk Ketua Wanita Umno Datuk Sharizat Jalil bertanding sekali lagi di Lembah Pantai setelah tewas pada PRU tahun 2008.
 "Saya tidak nampak Shahrizat boleh ke kawasan ini...kerana dia kalah. Kalau kalah, nak cuba lagi...saya ingat susahlah. Itu pandangan saya,” kata beliau di satu majlis anjuran Umno di Lembah Pantai, semalam..
“Sekarang ada ketua bahagian, seorang menteri (Raja Nong Chik). Kalau tidak pilih dia, nak pilih siapa lagi" tambah beliau.
 Daim yang juga bekas Bendahari Umno  berkata peluang untuk merampas kembali kerusi Lembah Pantai memang ada jika ahli-ahli UMNO bersatupadu dan pucuk pimpinan memilih calon yang betul.
PRU 12 menyaksikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar menewaskan Sharizat untuk merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai. Sharizat memperolehi 18,833 undi berbanding Nurul Izzah,  21,728 undi.
 Daim akur peluang BN menang semula kerusi parlimen itu bukan mudah kerana Nurul Izzah adalah seorang yang popular dang memegang jawatan penting dalam  PKR .
Beliau turut menuntut kerajaan supaya menyelesaikan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) untuk mengelakkan pembangkang mempolitikkannya.

Daim juga menggesa ahli Umno sentiasa mengutamakan displin dalam parti yang menurut beliau menjadi faktor penyebab parti itu kalah teruk pada pilihanraya umum lalu.
 “Pada PRU12  kebanyakkan kerusi tumbang bukan kerana parti pembangkang kuat tapi akibat kelemahan kita kerana tidak bersatupadu, Kita kena mengakuinya, kalau kita tidak mengaku, kita tidak akan berjaya selepas ini,” tegas beliau.

Malah, katanya Sharizat sendiri tewas di Lembah Pantai kerana sabotaj dalaman di Umno.

Pandangan Daim sekaligus memberi tekanan kepada Shahrizat untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet dan  juga parti, susulan isu NFC dan salahguna pinjaman RM250 juta kerajaan membabitkan suami dan anaknya.
MKP kata:Ketam ajaq anak dia jalan betul. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive