TUKAQ BAHASA TAK BERMAKNA SEMUA FAHAM DAN MENGERTI AKAN TETAPI VIDEO NIE JELAS MENUNJUKKKAN DEPA DI KAKI PUTAQ BELIT......AYUH RAKYAT PULAU PINANG KITA PUTAQ KEPALA DAP DAN PKR KALI NIE......
Baru menang sepenggal dah macam-macam kelaku buruk hampa dah keluar.. Berlagak, perasan hebat, keraih kepala, ketegaq, berasa diri lebih hebat dari orang lain..
Hampa ingat rakyat kat bawah tak perati ka kelaku buruk hampa tu? Ingak rakyat bawah bodoh sangat ka nak paham apa yang telah dan sedang berlaku kat Kedah lanie?
Hampa ingat hampa menang hari tu pasai rakyat bawah sokong sangat ka parti hampa tu? Hampa ingat rakyat kesian ka dekat hampa dan parti hampa dengan apa yang berlaku hari ni?
Dan yang lebih penting lagi hampa ingat Umno/BN Kedah dok duduk melenggak saja ka tengok hampa dok bergomoi lanie?
Nak kata hampa bodo.., hampa semua pakat mengaji tinggi.. Pensyarah la.. engenier la.. doktor la.. Pendek kata hebat-hebat semua taraf pendidikan hampa.. Tapi kerja buat hampa pada hari ni macam orang bodo.. Macam hindu mabuk todi saja kami tengok..
Ni kali akhir aku nak kata dekat hampa yang ceredik-ceredik kat atas sana nun.. Sudah-sudah lah jadi orang bodoh.. Berenti la buat kerja bodoh tu.. Mengundi tak lama dah..
Kalau hampa sayang lagi dengan parti hampa, buat la kerja yang kami amanahkan kat hampa tu elok-elok sementara ada lagi baki-baki nyawa hampa dalam negeri Kedah ni.. Orang sebelah sana pakat dok gelak saja tengok kelaku buruk hampa tu..
Awat.. Hampa ingat kami tak reti nak malu ka dekat depa dengan kelakuan buruk hampa tu?? Last sekali aku nak tanya hampa.. Hampa ingat kulit muka kami ni tebai macam kulit bewak ka???
Mat Tok ChaLana BuluMKP Ayat Sempoi :Tak apa bro kita semua kawan tak mau lawan,tapi kita tunggu lah lepaih PRU 13 tengok sapa sempoi..................Jangan jadi Anjing menyalak bukit takkan runtuh.
MKP ayat Sempoi ; Ini baru permulaan nantikan seterusnya bila tiba waktunya,,,,,,,


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang Malaysia mungkin menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti Barat jika kerajaan membayar lebih untuk kurang bekerja.
Beliau berkata, ini boleh berlaku apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.
"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.
"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk Gaji Minimum, hari ini.
Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum bulan ini.
Beliau berkata Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar lebih kepada rakyat mereka.
"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan nagara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.
"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.
Dr Mahathir berkata dengan Malaysia mempunyai terlalu banyak cuti, termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum untuk perayaan bagi semua agama, produktiviti akan menurun.
"Kita sekarang menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain.
"Jadi bukan mudah untuk meningkatkan produktiviti dengan pertambahan gaji minimum yang akan meningkatkan kenaikan bayaran secara keseluruhan, agar dapat mengekalkan persamaan antara gred pekerja yang berbeza.
"Bekerja pada hari cuti akan turut memakan kos lebih. Begitu juga dengan sumbangan kepada KWSP dan kadar pencen," katanya dipetik Bernama.
Dr Mahathir berkata antara gaji lebih tinggi dan masa bekerja yang lebih pendek dicampur dengan kos yang lain, maka kos pengeluaran barangan dan perkidmatan mesti turut meningkat dengan sewajarnya.