gaza

Tuesday, March 20

AHLI PAS MENGAMUK BILA UMNO BERI BANTUAN.

Ini adalah sikap kurang matang ditunjukkan oleh penyokong PAS membuang Bendera UMNO didalam sungai.Kenapa?

Program Gotong Royong Perdana 1 Malaysia yang telah diadakan pada pagi tadi bersama Presiden KP1M Datuk Azeez Rahim merangkap Ketua UMNO Bhgn. Baling.

Kelab Putra 1Malaysia dengan 300 ahlinya telah turun padang hari ini membaiki bumbung rumah penduduk di sekitar Baling Lapan rumah terlibat dalam kejadian ribut pada Ahad lepas.

Apa kata kita tengok apa Datuk Azeez berucap,semuanya telah jelas dan tak perlu MKP jelaskan semua.Datuk Azeez nie memang dekat dengan penduduk Baling.

Ahli Tegar PAS berterima kasih kepada UMNO dan Datuk Azeez Rahim.

MKP Ayat Sempoi ; Siapa kata UMNO hanya tolong ahlinya sahaja?banyak lagi isu di Baling MKP akan bagitau kemudian. 



Isu Lembu, Sharizat, Umno Dan Kuasa Media Baru.



Kritikan melulu yang diterima oleh Datuk Sharizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk  masa depan Umno.

Mesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada  pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.

Apakah dia pemikiran baru yang di maksudkan? Apakah pula  tuntutan baru pengundi yang berbeza sekarang dengan citarasa mereka sepuluh atau lima belas tahun yang lalu?

Dan, soalan cepumas bagaimana semua ini berhubung kait dengan NFC - sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007? 

Jawapannya ialah, kebertanggungjawaban  - pengembangan sumber maklumat menerusi alam siber menjadikan rakyat semakin lantang dalam menuntut kebertanggungjawaban dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan nasional.
 
Skandal  NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu. 

Isu itu  dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010.  Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan  mahu “menutup” isu berkenaan. 

Susulan  pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat.

Begitu juga penjelasan ringkas  Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan.

Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana  secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan.  Dalam kes ini untuk ternakan lembu semata-mata. 

Kemampuan Kerajaan untuk menangani pemikiran baru pengundi-pengundi sebeginilah  yang menjadi cabaran kepada  Najib dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13. 

Dan cara menanganinya bukanlah  secara konfrontasi tetapi dengan memahami dan menguasai media baru untuk menjelaskan pendirian Kerajaan yang disokong dengan tindakan dan langkah-langkah tegas dalam menangani sesuatu isu.

Media baru dalam bentuk blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah capaian terbaru generasi muda dan pertengahan umur serta menjadi sumber maklumat yang mempunyai jaringan begitu luas.
   
Tidak dapat dinafikan Pembangkang telah jauh mendahului Umno dan lain-lain parti Kerajaan dalam menggunakan media baru untuk mencari kelebihan politik.
 
Mereka berjaya menggunakan media baru untuk menangkis pengaruh media arus perdana secara berkesan dan pada masa sama, membentuk dan menyebarkan persepsi bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah rasuah dan harus digantikan dengan apa cara sekali pun. 

Di Malaysia hari ini amat janggal sekali untuk sebuah keluarga tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer riba, atau telefon Blackberry mahupun I-phone. Hampir setiap orang memiliki Facebook dan akaun Twitter. 

Semua ini  menjadi medan pertempuran untuk meraih sokongan rakyat pada PRU ke 13 dan pilihanraya-pilihanraya akan datang.

Semua bentuk media baru ini memberikan maklumat kepada pelayar siber dalam sekelip mata. Maklumat yang dibaca menerusi skrin komputer riba atau telefon bimbit membentuk akal minda mereka  semasa membuang undi.

Berbalik kepada isu NFC, siapakah yang “menggoreng”  Sharizat dan mahukan beliau meletak jawatan, sekali gus menolak penjelasannya bahawa beliau tidak terbabit dalam syarikat yang diuruskan oleh suami dan ahli keluarganya? 

Tentunya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Sharizat, apabila tidak dijawab secara pantas dan berkesan, merebak bagaikan api menerusi Malaysiakini, Malaysian Insider dan twitter serta facebook oleh pelbagai pihak. 

Semua ini mencerna gelombang atau arus yang menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga  dan Masyarakat itu meletak jawatan.
 
Anehnya tidak ada gelombang sebegitu yang menuntut Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan sebagai Presiden PKR kerana suaminya dibelit, malah didakwa dan dihukum atas salah laku moral.
 
Jawapan kepada “kejanggalan” atau dwi-standard ini terletak kepada pihak mana yang lebih pintar menguasai media baru. 

VIDEO : GUAN ENG MERAYU KEPADA KALPAL SINGH.



Riak muka lidah bewak nie nampak kegusaran yang timbul,apa tidaknya yang membangkitkan isu nie adalah Pengerusi DAP Kalpal Singh.

Bagi MKP ini adalah serius jika tidak sudah tentu Lim Guan Eng yang mempunyai sikap yang tidak pernah mahu kalah dalam semua hal,Apa yang peliknya Guan Eng tidak pernah merayu seperti ini sebelum ini.Kali ini nampak Guan Eng takut dengan Karlpal yang mahu mendedahkan masalah dalaman DAP ini.



Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini apabila Jawantankuasa Disiplin DAP mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy daripada tuduhan melanggar disiplin parti.Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP seorang ni, Disember tahun lepas, dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya dengan Ramasamy diserahkan jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.




Namun, bila keputusan tidak mengikut kehendak nafsunya sebaliknya memihak kepada Ramasamy, dia pula yang meloncat tak puas hati.Sudah tabie agaknya, keadilan hanya di akui oleh Karpal hanya bila ianya memenuhi seleranya saja. Jika sebaliknya, selagi itulah dia akan melompat sambil mendabik dada dialah godfather dan dialah pembawa panji keadilan di seantero dunia.

Perang terbuka antara Karpal dengan Ramasamy sebenarnya hanyalah lanjutan daripada protes kecil kaum India terhadap Karpal SIngh & DAP yang sekian lama dilihat hanya mempergunakan sokongan masyarakat India untuk kepentingan politik saja.Apabila kuasa sudah berada dalam tangan, pengorbanan kaum India di perkecilkan, tidak ubah umpama habis madu sepah dibuang.


Malah sejak wujudnya pertelingkahan terbuka antaranya dengan Ramasamy, telah ramai pemimpin & ahli DAP keturunan India yang dipecat atau digugurkan jawatan mereka hasil campurtangan Karpal Singh.Termasuklah kes terbaru pengguguran empat orang ahli DAP yang menganggotai Lembaga Pembiayaan Hindu & Lembaga Rayuan Negeri.



Pantang kena dikritik, terus dikorek hingga ke lubang cacing mencari siapa saja yang bersekongkol menyokong P. Ramasamy, tiada yang akan terselamat.Dulu pun, waktu wujudnya penentangan terbuka terhadap kepimpinan diktatorship Lim Kit Siang yang digerakkan oleh Wee Cho Keong, ramai pemimpin berkaliber DAP menjadi mangsa kerakusan kuasa Lim Kit Siang.


Segalanya dilakukan demi untuk mempertahankan kedudukan masing-masing dalam DAP.
Lim Kit Siang dengan agendanya meng 'dinasti' kan DAP begitu juga Karpal dengan gerakan untuk meletakkan anak-anaknya dalam kepimpinan pusat parti.DAP yang gah bercakap soal kebebasan bersuara, hak menyuarakan pendapat akhirnya menjadi parti anak beranak yang hanya sesuai di ikuti oleh pak turut dan pak sanggup.







MKP Ayat Sempoi : Terserlah sudah tembelang Guan Eng nie.Mahu menjadikan DAP sebagai Parti Kroni Lim Dynasty



BOB KUMAN IKUT JEJAK BOB LOKMAN.?




Nilai sendiri apa yang anda lihat?Kenapa UMNO tidak berbuat sedemikian untuk mendekati anak muda.Bukan mencari kesalahan sesiapa akan tetapi UMNO patut lebih peka dalam mendekati anak muda sekarang.Kita tunggu dan lihat apa pulak pendekatan yang bakal dibawa oleh Bob Kuman nie,Adakah akan mengikut jejak Bob Lokman ',,',,,,,,,?

MKP Ayat Sempoi ; Artis bila dah suam kuku berkerjasama dengan PAS,Apa motifnya.

Monday, March 19

VIDEO LAWAK ANWAR BERSAMA BADRUL AMIN.



MKP Ayat Sempoi : Ini baru betul kerana sikap pemimpin PKR semuanya berkaitan seks.........Kredit kepada videodinamika  

Nallakarupan Dakwa Anwar Tidak Layak Pimpin Negara.



Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S.Nallakarupan, yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.

"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya.

KADIAQ TERIMA KASIH JANGAN #LOKLAQ LEPAS NIE.




Hari nie satu berita yang kurang enak kita dengaq dari media massa.
ahli lama yang berkecimpung dalam politik UMNO telah keluaq Parti.Baguih jugak kalau keluar dari parti dari dok mengata bukan-bukan terhadap parti yang pernah menaikkan si Kadiaq nie.Tapi ingat UMNO nie Parti Keramat kerana ianya ditubuhkan berasaskan perjuangan alif,ba dan ta.Ramai dah menyesal apabila mengutuk Parti Terbesar Orang Melayu nie.Bebalik kepada diamanatkan telah dikhianati.Bak kata yang telah disampaikan ketelinga MKP oleh MT UMNO mengatakan "Jika kita khianat kepada UMNO nescaya akan terima balasan" suatu hari nanti.Insyallah MKP mendoakan Kadiaq akan terhindar dari semua nie.

Dibawah nie MKP petik dari Generasi Pejuang Bangsa,


Lepas sapu dan kenyang bersama UMNO , hari ini Kadiaq buat keputusan paling keluar dari parti UMNO . Kita jangan terkejut lepas ini Kadiaq kemungkinan akan sertai parti baru seperti pemimpin2 sebelum ini seperti Zaid Ibrahim .

Cuma yang GPB lihat beza antara Hassan Ali yang dipecat partinya dengan Kadiaq yang umum hari ini keluar parti . Hassan Ali disanjung ke mana beliau pergi tapi Kadiaq keluar parti pulak macam tak dipedulikan pulak ..hahaha

Kini yang masih tinggal dalam UMNO yang meneruskan perjuangan dari keluarga Kadiaq adalah adiknya iaitu Musa Sheikh Fadzir dan Aziz Sheik Fadzir .

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

"Saya baru saja menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, peletakan jawatan selaku ahli Umno akan berkuat kuasa hari ini (Isnin)," kata Abdul Kadir dalam satu kenyataan.

Beliau turut memberitahu telah meletak jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu pada minggu lalu.Abdul Kadir merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menteri kabinet di bawah Barisan Nasional.

Pada minggu lalu, beliau dicabar untuk meletak jawatan ekoran dakwaannya berhubung budaya rasuah di dalam parti.Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.


- Posted using BlogPress from my iPad

#SAVEPENANG INI BAKAL MELANDA BATU KAWAN PENANG.


Mahukah kita melihat ini bakal terjadi di Batu Kawan Pulau Pinang?sama-sama kita fikirkan sejenak!!!.Batu Kawan telah sekian lama dikenali sebagai Syurga Makanan Laut.terutama jika pembaca pernah berkunjung di Pulau Aman.Jika belum pernah berkunjung kesana apa kata kita semua tengok video terbaik tentang Pulau Aman nie,,,,,,,,,,Mee Udang kat sana Sempoi........


Terlioq ayaq liur dibuatnya bestkan Pulau Aman nie,itu yang terbaik ada di Pulau Pinang nie,Sebelum anda akan tersentap dengan apa yang bakal didedahkan hayatilah video itu sepuasnya dan apa yang anda telah lihat itu akan menjadi sejarah apabila Kerajaan DAP bakal membina  Kilang Solar.Batu Kawan nie akan mendapat faedah dari pembinaan Jambatan Kedua yang bakal siap tidak lama lagi oleh itu taraf ekonomi rakyat akan meningkat itu adalah hasil dari usaha Kerajaan BN sebelum ini.Sebelum Kerajaan BN Pulau Pinang tumbang ekoran Tsunami Politik melanda.DAP mengambil semua kredit hasil kejayaan BN sebelum ini dengan mengwar-warkan itu semua adalah hasil dari usaha mereka,Padahal dalam tempoh yang singkat belum mana boleh Projek ini dapat disiapkan.Celaka sungguh Guan Eng nie........Mari kita imbas apa depa dah buat dekat Batu Kawan buat;

Pertama sekali DAP telah mengondol Bukit Batu Kawan untuk mengambil tanah merah untuk mengaut keuntungan yang mudah,ini semua terpaksa DAP lakukkan kerana telah berjanji dengan Proksinya yang telah memberi dana Piliharaya 12.Lim Guan Eng dan Phee Boon Poh telah menjamin bahawa kilang yang bakal dibina selamat akan tetapi hakikatnya sebaliknya,Pernah anda apa lihat dan terdengar yang berlaku di Jepun apabila Tsunami melanda Jepun tahun lepas kilang membekalkan tenaga radioaktif telah melepaskan bahan toksiknya kedalam laut dan akibatnya dasyat dalam sejarah Jepun.Jepun yang terkenal dengan pakar dalam bidang ini pun tak dapat mengawal bahaya radioaktif ini apabila tsunami melanda.DAP nie apa depa tau.....Nanti apabila benda nie terjadi Guan Eng akan pusing cerita.....

 
Gambar menunjukkan apa yang berlaku semasa Bhopal Disaster in 1984.

ini yang terjadi Di India yang telah mengorbankan 55,125 rakyat yang cedera dan 3,900 mengalami kecacatan kekal,mahukan kita rakyat Pulau Pinang mengelami mimpi ngeri yang serupa apabila kebocoran gas berlaku akibat kilang solar yang bakal dibina kelak.....nak lanjut baca disini


MKP Ayat Sempoi : Dedahan yang seterusnya selepas ini,MKP akan ke Batu Kawan bersama Huan PCM dalam sidang media pada tengahari ini.                                                         



ANWAR : JAM OMEGA ADA DI PULAU PINANG?



Anwar bukalah anak jantan dalam semua hal,beliau hanya bermain dengan persepsi yang menyatakan tidak bersalah padahal banyak yang telah diputar-belitkan dalam kes skandal video seksnya.Mungkin hari ini ramai dikalangan blogger akan mengimbaskan kembali skandal tersebut.Kenapa terjadi begitu,mungkin bagi mereka ini adalah kelemahan Anwar Ibrahim.Bagi MKP biarlah hanya video sebelum ini sahaja dikeluarkan dan tak payahlah ada yang baru. 


Bagi rakan yang berada diluar Pulau Pinang , mungkin bagi mereka ini ada peluru yang akan memusnahkan Anwar Ibrahim.Penadapat MKP mungkin berbeda dari rakan yang lain kerana dengan keadaan sekarang tak perlulah ditekankan sangat pasal video nie kerana Anwar Ibrahim telah hilang Auranya di Pulau Pinang.MKP mengikuti ceramahnya baru-baru ini di Jelutong yang hadir bukanlah ramai seperti dua tahun sebelumnya.Jika dahulu anak muda akan konvoi mengiringi Anwar Ibrahim dari Jambatan Pulau Pinang hingga ke Pentas ceramah akan tetapi minggu lepas suasana telah berubah,Anak muda Pulau Pinang hampir tiada kecuali penyokong tegar sahaja , itu pun hanya 20 pemuda sahaja hadir.


 
berikut adalah kenyataan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkenaan Anwar takut bersemuka dengan blogger terhebat Raja Petra:


Anwar tetap Anwar.Sebab itu bekas rakan dalam kabinet dulu - Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak segan cop Ketua Umum PKR 'Raja Putar Alam' dan terbaru 'penakut'.
Ini fakta.Semua orang tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai hari ini tak berani saman Datuk Eskay Sharzly Abdullah,Senator Ezam Mohd Nor dan lain-lain yang 'cukup kenal' siapa dirinya.
Makanya tidak menghairankan kalau nama Raja Petra Kamaruddin yang juga kenal baik dirinya diminta digugurkan dari forum Wikileaks.Ini kerana adanya Anwar sebagai peserta.
"Dia hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.
"Jadi kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin sesuatu yang beliau nak selindung dari orang ramai," katanya.
 
MKP Ayat Sempoi : Tajuk diatas tue pasal iklan nie,,,,,jangan marah ek?

VIDEO RAKAMAN CCTV,RAFIZI DILANGGAR LARI.


Pelumba basikal dari Kelab Basikal Le Tua maut dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari ketika berbasikal di kawasan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran susur Taman Melawati di sini semalam.

Rafizi Hamdan, 37, yang menggunakan laluan itu menuju ke Batu 12 Gombak mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dirempuh kereta dari arah belakang, dipercayai jenis Proton Saga, yang kemudian bertindak melarikan diri.

Rafizi yang merupakan pekerja CIMB Bank dikatakan mahu menyertai anggota kelab basikal yang lain di kawasan Batu 12 Gombak bagi aktiviti riadah di hujung minggu. 

Jurucakap polis ketika dihubungi hari ini berkata polis sedang mengesan pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amirudin Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan membahaya sehingga menyebabkan kematian.



MKP Ayat Sempoi : Harap pemandu kereta yang melanggar atlit berbasikal kita tue dapat diberkas dengan segera.

Sunday, March 18

PENYOKONG PAS BAKAR BENDERA BN.


 
 
 

 

 

Rakan seperjuangan telah melaporkan bahawa di Taman Malinja ada kes bakar bendera UMNO/BN. Baca artikel yang Mc ambil dari Media Kedah. Memang lahanat puak Pas ni..

Pakatan Haram dengan bersikap kurang ajar telah membakar 14 bendera BN dan 6 bendera UMNO, kesemua bendera di bakar selepas ceramah Mat Sabu yang di adakan di Padang Taman Malinja Semeling semalam.

Dari sumber saksi berkata bendera berkenaan di bakar dalam pukul 2 pagi, setelah selesai ceramah Mat Sabu, ini menunjukan Pakatan Haram telah melanggar sistem demokrasi di negara ini.

Kami diberi tahu, Pakatan Haram sudah mula goyah di kawasan berkenaan kerana di Taman berkenaan dahulunya merupakan kubu kuat Pakatan Haram namun kini UMNO bahagian Merbok sudah berjaya menembusinya.

Di sebabkan pengaruh UMNO kian kuat di kawasan itu, ini telah membuat sikap penyokong Pakatan Haram dikawasan itu tidak senang duduk. Ini menunjukan bahawa Pakatan Haram sudah kalah dari segi emosi.

Laporan Polis telah di lakukan oleh Timbalan Pengerusi Pemuda UMNO Bahagian Merbok pada pukul 11.52 pagi.di Balai Polis Merbok. 

MKP Ayat Sempoi : Terdesak sangatkah depa nie sampai boleh buat kelaku macam nie?

GODFATHER KEMBALI MELANDA DAP PENANG.





Pengerusi DAP, Karpal Singh telah menolak keputusan Jawatankuasa Disiplin parti yang mendapati tidak ada bukti untuk membuktikan Timbalan Ketua Menteri II, Dr P. Ramasamy menjadi perancang kepada satu demonstrasi bantahan yang diadakan ketika konvensyen parti itu pada Disember, tahun lalu.Karpal menegaskan bahawa jawatankuasa itu tidak layak untuk menyiasat Ramasamy kerana beliau (Ramasamy) adalah ahli dalam penal itu.

Jelasnya lagi, ahli di jawatankuasa disiplin berkenaan sepatutnya melepaskan kedudukan mereka dan membenarkan jawatankuasa baru dibentuk untuk mengendalikan kes itu.

"Benih kemusnahan sudah disemai sejak mula lagi. Mereka duduk dalam (jawatankuasa) yang mengadili salah seorang daripada mereka sendiri," katanya

Selain daripada Ramasamy, tiga yang lain adalah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, Naib Pengerusi Tan Kok Wai dan Naib Pengerusi Negeri Lim Hock Seng.

Karpal juga mendedahkan bahawa dua pemimpin DAP Pulau Pinang, RSN Rayer dan A Tanasekharan juga telah memfailkan rayuan bagi pihak 33 ahli yang lain terhadap keputusan jawatankuasa itu membersihkan Ramasamy dari sebarang tuduhan.

Beliau menjangkakan perkara itu akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti, dan jika perlu diketengahkan kepada kongres kebangsaan parti untuk mencapai keputusan.

Ramasamy, ketika itu, telah didakwa menguruskan satu demonstrasi pada 11 Disember, tahun lalu ketika konvensyen berkenaan dimana penunjuk perasaan telah merentangkan kain rentang mengutuk dan memaki Karpal Singh.

Insiden itu didakwa berlaku selepas beliau terbabit dalm pertelingkahan dengan Karpal berhubung dan susulan itu kepimpinan parti telah mengeluarkan arahan melarang kedua-dua pihak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dalam pada itu, DAP Pulau Pinang mengambil keputusan untuk menggugurkan empat pelantikan dalam Lembaga Penganugerahan dan Lembaga Rayuan Negeri yang dibuat oleh Ramasamy.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, pelantikan keempat individu terbabit termasuk, pengerusi DAP Juru, K. Mangaleswari, akan gugurkan 'secepat mungkin'.

Beliau menambah, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang diadakan bulan lalu bertujuan menyelesaikan isu-isu parti.

MKP Ayat Sempoi ; Ingat dah habis cerita godfather nie rupanya bergema lagi,musykil jugak dengan cywar DAP nie.Depa nak alihkan perhatian isu kilang solar di batu kawan kot.Sengaja membangkitkan cerita yang dah basi nie.Kalau isu bayan mutiara ada jugak lidah bewak tue bersuara akan tetapi kali nie diam seribu bahasa',,,,,,,,Hairan.

- Posted using BlogPress from my iPad

BLOGGER PENJILAT PR KURANG CERDIK?





Kantoi sudah blogger pakatan harami apabila kenyataan ini yang telah dibuat oleh presiden pas nie.apa tidaknya dulu depa nie dok hentam kerajaan BN berniaga dengan Yahudi.walaupun bukti yang nyata dan sahih tidak diberikan oleh blogger dan pemimpin pakatan haram nie.MKP dok tunggu jugak apa ayat depa nak kata lepas nie.

Hadi nie dah kena ayat power dengan Anwar berikutan kenyataan ini.Ini menunjukan hadi memang menyokong kenyataan yang telah dibuat Anwar Ibrahim ketika ditemuramah oleh WSJ tempoh hari,Itu konkulusi yang MKP boleh buat.

MKP Ayat Sempoi ; Apa pulak lepas nie jawapan hampa blogger pakatan?

MKP TABIK SPRING CARA DS HISHAMMUDDIN SELESAIKAN MASALAH @HishammuddinH20




Bab tegakkan undang-undang nie MKP puji sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Hishammuddin dalam membuat keputusan dan reaksinya begitu pantas dan cepat mahu menyelesaikan masalah berbangkit yang mengaitkan KDN.

Apa tidaknya terbaru KDN meminta Datuk Seri Zahrin supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaannya wujudnya kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi supaya siasatan mengenainya dapat dijalankan dengan segera.Walau bagaimana pun siasatan akan dilakukan berdasarkan bukti yang ada pada beliau.

"Kalau ada bukti, panjangkan kepada saya. Kalau ada kaitan dengan agensi lain seperti transaksi kewangan, kita (KDN) kena serahkan kepada Bank Negara kerana kita tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Zahrain pada persidangan Dewan Rakyat dua hari lepas yang berharap KDN tidak mengambil mudah mengenai dakwaan kononnya wujud kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi bagi membentuk gerak kerja pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dalam masa yang sama juga meminta KDN supaya memandang serius isu itu kerana melibatkan soal keselamatan negara.

Hishammuddin berkata, semua pihak perlu berganding bahu dengan pihak antarabangsa bagi mendapatkan bukti yang benar-benar kukuh sebelum pendakwaan dapat dilakukan.

"Apa jua tindakan mesti bersandarkan bukti. Ia bukan berkisar pada tanggungjawab polis sahaja," katanya.

"Perkara melibatkan wang kena ada agensi lain seperti Bank Negara dan Kastam. Saya hendak ingatkan Musa (Datuk Musa Sheikh Fadzir) juga, hal ini bukan perkara baru tetapi perlu disandarkan dengan hujah dan bukti yang kukuh," tegasnya lagi.

MKP Ayat Sempoi ; Jika begini semua Menteri Nescaya BN akan mendapat majoriti 2/3 dengan mudah pada pru 13.


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, March 17

ANWAR TALIBARUT MUSNAHKAN ISLAM?




Anwar dah jadi pengkhianat kepada umat islam,terbaru Anwar telah pergi ke India untuk memberikan sokongan terhadap Salman Rushdie,apa yang menarik tentang rushdie nie,mai tengok apa yang telah dibuat oleh anwar nie.MKP petik dari AIDC.

Anwar Ibrahim tidak mengkritik Salman Rushdie, sebagaimana yang dilakukan oleh majoriti umat Islam di seluruh dunia, sebaliknya memuji penulis itu sebagai ‘profound writer’ (seorang penulis yang mempunyai pengetahuan yang mendalam).

Dalam erti kata lain, pendapat Anwar senada dengan pihak Barat yang membela dan memuji serta memberi anugerah kepada penulis itu. Misalnya Britain selain memberi perlindungan, negara itu juga memberi anugerah ‘Sir’ kepadanya.

Pendapat Anwar itu senada dengan pendapat John Esposito , seorang orientalis yang menjadi guru Anwar di Universiti Georgetown yang mengatakan Salman Rushdie adalah seorang ‘intelektual yang bijak’.

Salman Rushdie, anak seorang Muslim dilahirkan di Bombay pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja John Conon kemudian di King Kolej, Cambridge.

The Satanic Verses adalah karya keempatnya yang diterbitkan pada tahun 1988.

Buku ini berjumlah 547 halaman. Dicetak oleh penerbit Vikin (pemilik Yahudi) anggota jaringan penerbit Penguin.

Menurut sumber, Salman Rushdi menulis buku itu karena kerana diupah 850 ribu pound oleh pimpinan Viking (Yahudi), yang berniat untuk merosakan imej Islam.

Antara isi kandungan buku itu yang menyimpang dengan akidah Islam antaranya adalah;

1. Salman mendakwa wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran

2. Kota Mekah adalah Pusat Pelacuran yang diuruskan oleh kesemua isteri-isteri Rasulullah

3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

MKP Ayat Sempoi ; Sedaqlah,Anwar cuma mahukan kuasa sanggup mengadaikan Agama Islam demi kuasa.sama-sama kita renungkan.

- Posted using BlogPress from my iPad

JOM PAKAT PI BUAT GEMPAK DI JELUTONG.




CERAMAH "BONGKAR"

Pendedahan oleh UMMI HAFILDA !!!

17 March 2012 (Sabtu)

9.00 malam

JALAN MASJID JELUTONG,PULAU PINANG

MKP Ayat Sempoi ;Apa tunggu lagi kita Pakat pi dengaq apa yang Anwar dok pembohong kat rakyat,dedahan sempoi dari Umi Hafilda.JanganTak Mai.


- Posted using BlogPress from my iPad

TOK MAT JANGAN BALUN KUAT SANGAT?




Datuk Ahmad Maslan balun tindakan PAS dan DAP yang terus membisu berhubung dakwaan kononnya wujud kerjasama antara Parti Keadilan Nasional (PKR) dengan dua badan asing berkaitan Yahudi.

Depa nie membisu seribu bahasa sehingga kini berkenaan isu yang dibangkitkan,Anwar dah bagi arahan kot supaya dok diam dan buat bisu.
"Kita tidak terperanjat dengan apa yang berlaku tetapi kita hendak dengar pandangan daripada rakan kongsi (PKR).. PAS dan DAP,"

PKR dan dua buah badan asing yang mempunyai kaitan Yahudi, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affairs (NDI), yang didedahkan oleh BN Selangor.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilihat seolah-olah cuba melindungi parti komponen Pakatan Rakyat itu apabila menjelaskan bahawa kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,"

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Pakatan Rakyat, sebelum ini telah beberapa kali membidas kerajaan BN pimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana didakwa bersenkongkol denga Israel kerana berurusan dengan syarikat berkaitan Yahudi, antaranya mendapatkan khidmat syarikat perunding imej, APCO Worldwide bagi menaikkan imej kerajaan.

Baru-baru ini pula, Pas dan PKR juga begitu lantang membidas kerajaan kerana mengadakan hubungan dagangan syarikat-syarikat berkaitan Yahudi

MKP Ayat Sempoi ;Baguih jugak Tok Mat balun puak nie,baru ada akai depa nie.

- Posted using BlogPress from my iPad

E-mail Pembaca ; GUAN ENG TOKSAH PERASAN BAGUIH?




JIKA saya Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, saya tidak akan mengheboh-hebohkan peningkatan pelaburan negeri itu kerana kejayaan tersebut adalah hasil usaha semua.

Tidak wajar bagi seorang KM terlalu asyik dengan kedudukannya, sehingga memburuk-burukkan imej bandar lain sebagai bandar yang penuh dengan jenayah dan mengatakan sesuatu yang tak berasas mengenai Kilang Lynas di Kuantan.

Tindakan Lim Guan Eng mencerminkan beliau bukanlah wakil Parlimen untuk semua rakyat tetapi KM yang membuat perjuangan untuk diri sendiri.

Kita tidak ada bantahan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia tetapi bukan melalui cara beliau menjejaskan kepentingan dan imej negeri lain.

Jika saya KM Pulau Pinang saya juga perlu memastikan peningkatan pelaburan di Pulau Pinang akan membawa kepada peningkatan pendapatan dan mutu kehidupan rakyatnya.

Memastikan setiap daerah di Pulau Pinang maju dan berkembang bersama-sama, tidak ada golongan dan daerah yang ketinggalan.

Kehilangan bangunan warisan dan prestasi pasukan bola sepak Pulau Pinang juga mencerminkan Kerajaan Pulau Pinang tidak mengutamakan pembangunan insani.

Isu loji panel solar di Batu Kawan juga menunjukkan Kerajaan Pulau Pinang kurang cekap menangani isu pencemaran alam sekitar.

Jika saya KM Pulau Pinang, saya akan pastikan pembangunan di Pulau Pinang berjalan secara seimbang, berterusan dan lestari. Saya akan pastikan tidak ada golongan dan daerah di Pulau Pinang yang ketinggalan. Itulah impian saya sebagai anak tanjung yang dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang.YAMOTO

MKP Ayat Sempoi ; tue la apek nie perasan dia baguih sangat!


- Posted using BlogPress from my iPad

LAO GEH BOH,DAP MEMANG GANAS?



Kisahnya forum ni dianjurkan oleh media tempatan Kwong Wah Jit Poh dengan Penang Chinese Town Hall . Sebagai salah seorang ahli forum yang semuanya wanita , ketua wanita MCA Pulau Pinang ni Tan Cheng Liang bercakap mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz dan pemimpin DAP (Hiew Kuan Yew) pada satu ketika dulu agak 'seksis' terhadap wanita. 


NONE 


300 tempat duduk dah diagih-agihkan untuk kedua-dua penyokong BN dan PR , malangnya sikap penyokong PR dalam majlis tu bertindak emosional apabila ketua wanita MCA Pulau Pinang mengkritik pemimpin PR . Dan seperti biasa .. kita tahu penyokong fanatik PR ni memang terkenal dengan menggelar pemimpin BN dengan bermacam gelaran buruk..Tan Cheng Liang digelar sebagai 'ayam tua' .

Menurut Tan , ada antara beruk2 PR telah menggugut untuk memukul beliau, menghamburkan kata kesat dan pelbagai lagi ugutan dan makian . Ini memaksa beliau dibawa keluar dari dewan di iringi anggota RELA yang bertugas. Tan berasa agak terkilan dengan sikap 'gedebe' yang ditunjukkan oleh beruk2 PR sedangkan beliau diundang untuk berucap di majlis berkenaan isu2 wanita.  Agak jelas sekarang beruk2 PR hanya suka mengkritik dan apabila dikritik pandai pulak mereka melompat macam kena belacan.

Agak ironik dalam majlis yang membicarakan isu2 wanita , apabila Tan dicemuh dengan gelaran 'ayam tua' tiada yang bangun mempertahan beliau . Senario yang mereka bincangkan berlaku di depan mata .. sekiranya respon begini berlaku di dalam dewan , apatah lagi di luar sana. Beruk2 Pakatan Rakyat memang hipokrit... 



NONE 
DAP sekarang dah berubah menjadikan Nik Aziz idola dalam forum,betulah apa yang dinyatakan sebelum ini menyatakan PAS telah diperkudakan oleh DAP.


MKP Ayat Sempoi : Depa dok kata kita Ganas padahal depa nie lagi lah lahanat besaq

AWAT NIE DAH JADI CHIPMUNK PULAK DAH?


Lawak gila dengan lagu mangkak nie,kalau tak tengok rugi gila tue......depa nie boleh duduk sekali akan tetapi mimpi lain-lain.....

Friday, March 16

KERETA ADUN UMNO PULAU PINANG DIPECAHKAN.



Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad kerugian lebih  RM2,000 selepas keretanya yang diletakkan tepi jalan berdekatan Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, dipecahkan petang tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang, beliau yang baru selesai menunaikan solat Jumaat, terkejut apabila mendapati cermin hadapan bahagian pemandu dan penumpang belakang kereta miliknya pecah.
 
Menurutnya, beliau singgah di masjid itu menunaikan solat Jumaat  sebelum mengambil anak perempuannya yang menghadiri kursus di  Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas.
 
"Sebaik tiba di kereta, saya terkejut apabila melihat serpihan cermin kereta bertaburan. Cermin tingkap tempat belakang di sebelah kanan turut dipecahkan.
 
"Saya dapati satu beg yang mengandungi komputer bimbit bernilai lebih RM2,000 dan semua dokumen serta gambar penting  dicuri," katanya ketika dihubungi.
 
Beliau berkata, barang lain seperti kotak yang mempunyai topi dan baju 1Malaysia tidak diambil.
 
Muhammad Farid membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau. 



MKP Ayat Sempoi : ini mungkin ada kena mengena dengan kes bawak lari nasi kenduri kot?

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive